Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Bekas PM Kemboja Yang Diguling Meninggal Dunia Di Perancis

Kongsikan Artikel Ini

PHNOM PENH, 29 Nov – Bekas Perdana Menteri Kemboja, Putera Norodom Ranariddh meninggal dunia di Perancis semalam, diumumkan Menteri Informasi, Khieu Kanharith, menerusi Facebook.

Ranariddh yang dilantik sebagai perdana menteri pada 1993 selepas beberapa tahun perang saudara, digulingkan dalam tragedi rampasan kuasa berdarah pada 1997 oleh tentera yang setia kepada kerajaan sekarang yang dipimpin Hun Sen.

Putera berusia 77 tahun itu meninggal dunia pada pagi semalam kerana sakit, menurut Kanharith menerusi catatan di Facebook yang memetik kenyataan seorang pegawai istana.

Dalam surat sembah takziah yang diutuskan kepada isteri Ranariddh, Hun Sen berkata kematian bermakna kehilangan seorang pembesar diraja yang cemerlang yang mencintai negara, agama dan raja.

Adik tiri kepada raja sekarang, Raja Norodom Sihamoni adalah paling bercita-cita tinggi dari segi politik dalam kalangan kerabat diraja Kemboja dan kerjayanya mengalami jatuh bangun.

Ranariddh memenangi pilihan raya Kemboja yang ditaja oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1993.

Ketika itu mendiang adalah ketua parti Funcinpec yang dipaksa untuk menerima Hun Sen sebagai perdana menteri bersama.

Empat tahun kemudiannya, Hun Sen menggulingkan Ranariddh dalam rampasan kuasa dan selepas itu reputasi Ranariddh terus terjejas akibat dakwaan rasuah.

Pada 2008, Ranariddh diampun atas kesalahan penipuan yang menyaksikan beliau dipecat daripada parti Funcinpec.

Beliau turut membuat dua percubaan dalam kancah politik, namun menemui kegagalan.

Pada 2015, beliau membuat pakatan luar jangka dengan lelaki yang menggulingkannya untuk kembali semula dalam parti Funcipec untuk bekerjasama dengan Parti Rakyat Kemboja dipimpin Hun Sen.

Isteri kedua Ranariddh, Ouk Phalla, 39, maut kerana terbabit dengan kemalangan kereta ketika bersama dalam kempen pilihan raya.

Parti Funcinpec dalam satu kenyataan memaklumkan, mayat Ranariddh akan dihantar pulang tidak lama lagi.

Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Kemboja, Patrick Murphy turut mengucapkan takziah menerusi hantaran di Twitter.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSINGAPURA, 22 Jan – Kematian pertama berkaitan varian Omicron dilaporkan di negara ini, hari ini melibatkan seorang wanita berusia 92 tahun yang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 21 Jan – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata kemusnahan yang disebabkan oleh Taufan Rai di Filipina telah ‘terlalu dipandang remeh’...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – United Kingdom (UK) mengumumkan bahawa sekatan yang dilaksanakan di England pada bulan lalu untuk memerangi kes COVID-19 akibat...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 21 Jan – Amerika Syarikat akan menganggap sebarang pergerakan Russia ke Ukraine sebagai ‘pencerobohan’, kata Presiden Amerika Syarikat, (AS) Joe Biden....

Copyright © 2021 Media Rania