Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

United Lebur Keangkuhan Chelsea

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 29 Nov – Ego pendahulu Liga Perdana Inggeris (PL), Chelsea lebur apabila sekadar seri 1-1 ketika bertemu Manchester United di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Skuad Thomas Tuchel yang tidak tewas sepanjang 11 perlawanan terakhir mereka di semua pertandingan, kekal menduduki tangga teratas liga tetapi kini hanya mempunyai kelebihan satu mata berbanding Manchester City yang menewaskan West Ham 2-1 pada perlawanan terdahulu.

Pemain tengah Blues, Jorginho muncul penyelamat apabila menyamakan kedudukan sekali gus menebus kesilapannya yang menyaksikan Jadon Sancho meletakkan pelawat di depan seketika.

Chelsea ketinggalan selepas Jorginho gagal mengawal bola dengan baik yang menyaksikan Sancho berjaya menjaringkan gol pada awal separuh masa kedua.

Bagaimanapun Jorginho menebus kesilapan itu apabila menjaringkan gol menerusi sepakan penalti selepas Aaron Wan-Bissaka mengasari Thiago Silva.

Ia adalah keputusan memberangsangkan untuk United di bawah bimbingan bekas pemain tengahnya, Michael Carrick yang menjadi pengendali sementara selepas pemecatan Ole Gunnar Solskjaer.

United bakal melantik bekas jurulatih RB Leipzig, Ralf Rangnick selaku pengurus sementara dalam tempoh terdekat sehingga hujung musim ini.

Carrick yang mengambil keputusan merehatkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan bagaimanapun tidak berpuas hati dengan prestasi barisan pemainnya.

“Kecewa sebenarnya,” katanya Carrick kepada Sky Sports.

“Apabila anda di depan pada perlawanan seperti ini dan kemudiannya meraih keputusan seri, ia agak mengecewakan.

“Saya sama sekali tidak rasa ia adalah penalti. Saya rasa kami bertahan dengan baik dan tidak akan menyalahkan pemain.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniWATFORD, 22 Jan – Norwich melonjak keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (PL) buat pertama kali musim ini selepas dua gol...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMANCHESTER, 21 Jan – Cristiano Ronaldo akan berhadapan dengan kemungkinan pemotongan gaji sebanyak 25 peratus pada musim depan sekiranya Manchester United gagal...

Sukan

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Gambar profil di laman sosial Facebook Lee Zii Jia mungkin menggambarkan apa yang bermain di lubuk hati...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Copyright © 2021 Media Rania