Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Real Madrid Terus Buru Salah!

Kongsikan Artikel Ini

MADRID, 28 Nov – Penyerang sensasi Liga Perdana Inggeris (PL), Liverpool, Mohamed Salah menjadi sasaran utama Real Madrid pada musim panas 2022 menurut beberapa laporan.

Pemain kebangsaan Mesir itu masih belum melanjutkan kontrak di Anfield selepas musim panas 2023 dan spekulasi mengenai masa depannya terus menjadi tanda tanya.

Salah dilaporkan hampir pasti bersetuju dengan kontrak baharu jangka panjang bersama skuad the Reds, tetapi Barcelona juga masih mengikuti perkembangan perjanjian itu.

Bagaimanapun, laporan Bernabeu Digital menyatakan Salah menjadi sasaran buat Real Madrid, sekalipun keutamaan mereka tetap pada penyerang Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe.

Laporan menambah wakil Salah sudah berhubung dengan Real Madrid ketika kemungkinan perpindahan pada musim panas, sekalipun rundingan untuk bekas pemain Chelsea dan Roma itu pastinya sangat sukar.

Salah membantu mencipta jaringan buat Diogo Jota yang meledak pada perlawanan ketika menewaskan Southampton, semalam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniWATFORD, 22 Jan – Norwich melonjak keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (PL) buat pertama kali musim ini selepas dua gol...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMANCHESTER, 21 Jan – Cristiano Ronaldo akan berhadapan dengan kemungkinan pemotongan gaji sebanyak 25 peratus pada musim depan sekiranya Manchester United gagal...

Sukan

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Gambar profil di laman sosial Facebook Lee Zii Jia mungkin menggambarkan apa yang bermain di lubuk hati...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Copyright © 2021 Media Rania