Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

PRN Sarawak – GPS Pun Pening Dengan Pas!

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 28 Nov – Pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang merupakan parti komponen Geng Penyamun Sarawak (GPS) dilapor meremehkan rancangan Pas bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Menurut The Borneo Post, Naib Presiden PBB, Abdul Karim Rahman Hamzah mempersoalkan mengapa Pas bersusah payah meletakkan calon sedangkan kebanyakannya akhirnya kehilangan wang deposit seperti mana dibuktikan dalam PRN sebelum ini.

“Kenapa mereka masih di sini? Saya tidak tahu.

“Saya tidak tahu apa yang mereka mahu.

“Begitu juga dengan parti-parti yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia, mereka harus kekal di sana dan tidak perlu datang ke sini dan menganggu hal di sini, itu pendapat saya,” katanya dipetik sebagai berkata.

Pada PRN Sarawak lima tahun lalu, Pas kalah kesemua 11 kerusi yang ditandinginya manakala tujuh daripadanya telah kehilangan wang deposit mereka.

Awal bulan ini, Pas Sarawak berkata akan bertanding semula di 11 kerusi kali ini iaitu Kemena, Beting Maro, Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju.

Parti itu kemudiannya mengatakan senarai itu tidak disahkan.

Pada Jumaat (26 November), Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan parti itu sebenarnya akan bertanding pada PRN Sarawak 18 Dis tetapi berkata bilangan kerusi masih belum dimuktamadkan.

“Pas akan bertanding di Sarawak dan kita akan tentukan jumlah kerusi selepas perbincangan dengan Pas Sarawak hujung minggu ini.

“Pas yakin pengundi Sarawak akan mengundi calon kita, yang terdiri daripada rakyat Sarawak daripada pelbagai bidang kepakaran dan terkemuka,” katanya seperti dilapor Harakah Daily.

Ini hampir pasti bermakna parti komponen Perikatan Nasional (PN) akan bertembung dengan GPS kerana parti itu bertanding di semua 82 kerusi.

GPS bukan sebahagian daripada PN secara rasmi tetapi menyokong gabungan pimpinan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin itu di peringkat persekutuan.

Sementara itu, Karim mengalu-alukan keputusan Bersatu untuk tidak bertanding PRN Sarawak.

“Pada pendapat saya, ia adalah satu keputusan yang sangat bagus.

“Sebagai rakan di peringkat Parlimen yang bersama-sama membentuk kerajaan pusat, apabila PRN diadakan di Sarawak, sebaiknya serahkan kepada Sarawak untuk mengendalikannya.

“Bersatu belum bertapak di sini dan mereka masih baru, kerana sebelum ini, mereka tiada di Sarawak,” katanya.

Bahagian Bersatu di Sarawak telah dilancarkan pada Disember 2018.

Mengenai spekulasi bahawa BN akan meletakkan calon pada PRN akan datang, Karim menyifatkan ia sebagai khabar angin oleh laskar siber.

“Bagi saya, apa yang dipaparkan dalam media sosial adalah hasil kerja kanak-kanak yang nakal.

“Saya tidak fikir mereka akan datang ke sini. Kami percaya kepada mereka yang mengendalikan BN. Mereka tidak akan melakukan perkara nakal seperti itu,” katanya lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 21 Jan – Sebagaimana kita semua sedia maklum, dalam pengakuan awalnya berhubung kontroversi pemilikan berjuta saham yang dikaitkan dengannya, Ketua Pesuruhjaya...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 21 Jan – Setiap kali kegiatan rasuah berlaku di Malaysia secara langsung atau tidak nama baik Islam akan tercemar. Ini kerana...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniBINTULU, 19 Jan – Semakin hari kerajaan seumpama gagal mengendalikan negara Malaysia. Apakah itu sudah jelas menunjukkan bahawa kita sanggup berada di...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 16 Jan – Ada dua kategori pemimpin atau Perdana Menteri yang perlu, bahkan wajib untuk dijatuhkan. Kategori pertama, Perdana Menteri yang...

Copyright © 2021 Media Rania