Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Kolum

Omicron Ancaman Baharu Manusia, Perlunya Perketat Sempadan Negara – Razeef Rakimin

Kongsikan Artikel Ini

Baru-baru ini pakar telah menjumpai varian terbaru Covid-19 iaiti B.1.1.529 atau dikenali sebagai Omicron. Varian ini mempunyai sifat yang tidak pernah ditemui sejak Covid-19 melanda dunia pada hujung tahun 2019. Omicron pertama kali ditemui di Afrika selatan.

Berdasarkan profilnya, ia mempunyai lebih 30 mutasi yang boleh membantu ia mengelak sistem pertahanan badan kita. Ini bermaksud Omicron mempunyai dua kali ganda kekuatan berbanding varian Delta yang sebelum ini sangat digeruni.

Adakah ia mengancam populasi manusia?

Sebelum varian Omicron ditemui dunia telah mencatatkan 2.5juta kematian termasuk lebih 30,000 kematian di Malaysia. Dengan varian yang lebih dasyat dan kemampuan mengelak sistem pertahanan badan serta ketidak mampuan vaksin sebelum ini untuk melawan Omicron, ia boleh jadi antara penyebab yang akan lebih mengancam populasi manusia.

Buat masa sekarang para pengkaji masih melakukan penyelidikan untuk mendapatkan maklumat lebih tentang Omicron serta bagaimana untuk menghalang Omicron dan mencipta vaksin yang mampu melawan Omicron.

Menurut laporan varian Omicron pertama dikesan di luar Afrika iaitu di negara Belgium dan seterusnya ditemui di Hong Kong dan Israel. Hari ini Australia melaporkan terdapat dua individu memasuki negara berkenaan didapati positif Covid-19. Menurut maklumat dua individu ini datangdari Afrika dan mereka tiba di Australia menerusi penerbangan Qatar Airways melalui Doha.

Ujiian genomik yang dibuat keatas dua individu ini menunjukkan mereka dijangkiti strain baharu iaitu Omicron. Australia turut mengumumkan penggantungan penerbangan dari sembilan negara termasuk Afrika Selatan dan Zimbabwe.

Vaksin yang dicipta sebelum ini adalah hasil dari kajian yang dibuat terhadap Covid-19 fasa pertama 2020. Dengan kewujudan beberapa varian bermula dengan Epsilon (Varian of Interest) kemudian Beta, Alpha, Delta, Lambda, Gamma dan terbaru Omicron yang lebih ganas, perlunya pengambilan vaksin bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Pengambilan dos ketiga (penggalak) juga amat penting bagi menambah kekuatan pertahanan tubuh terutama dengan kewujudan varian yang lebih ganas seperti Omicron.

Kerajaan perlu memperketatkan kawalan pintu sempadan negara agar varian ini tidak dapat masuk ke negara dan mengancam keselamatan rakyat. Kelonggaran SOP tidak boleh diambil ringan oleh masyarakat kerana setiap pematuhan menjauhkan kita dari risiko jangkitan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania