Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

Kerja Tetap Diteruskan – Edaran Kalender 2022 Bawa Harapan Baharu Ampang!

Kongsikan Artikel Ini

AMPANG, 28 Nov – Usai pagi hari minggu pada Sabtu, Andre Lai, Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan terlibat dalam program sumbangan kotak makanan anjuran Charis Hope Elderly Center di Jalan Pasar, Pekan Ampang dekat sini.

Walaupun tahun baharu 2022 masih berbaki lima minggu lagi, beliau telah memulakan pengagihan awal kalender tahun baharu di kawasan sekitar Pekan Ampang bersama ahli-ahli KEADILAN tempatan.


Mengambil pedoman daripada keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini, mengagih kalender seperti mengagih risalah cetak menjadi popular sekali lagi dalam usaha menyampaikan mesej parti kepada penduduk tempatan.

“Walaupun adanya informasi secara elektronik, kalender fizikal masih lagi menjadi keperluan di setiap rumah.

“Pengalaman di Melaka menjadikan agihan bahan promosi secara fizikal seperti kalender mampu mendekatkan pengundi dengan parti. Anggaplah ini sebagai raptai persediaan kempen Pilihan Raya Umum (PRU) untuk rakan-rakan KEADILAN yang terlibat dalam pengagihan hari ini,” kata Andre, sambil merujuk kepada beberapa pemimpin KEADILAN baharu tempatan.


Antara yang beliau maksudkan adalah Saudara Alex Lim (gambar, kanan) iaitu ketua ranting KEADILAN Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang dan Saudara Bob Yap (gambar, kiri), selaku ketua Ranting KEADILAN Jalan Merdeka, Bandar Baru Ampang.

Walaupun tidak asing lagi dengan arus politik, mereka berdua antara ahli-ahli KEADILAN baharu dan kini bersemengat untuk menambah baikkan imej parti bersama menyantuni pengundi tempatan.

Meskipun perkembangan politik semasa yang tidak menentu, Alex Lim masih menaruh harapan positif kepada lanskap politik masa hadapan.


“Saya percaya KEADILAN berada di landasan yang betul dalam usaha ‘reform’. Apa yang perlu dilakukan adalah berkongsi info yang tepat, agar mereka (pengundi) memahami perjuangan kami dalam menegakkan keadilan,” kata Alex ketika ditemui wartawan.

Tahun ini, Andre telah memperuntukkan lebih banyak jilid kalender untuk agihan di Ampang, khususnya DUN Bukit Antarabangsa.


Selain Pekan Ampang, kalender tersebut turut diagihkan kepada kawasan terpilih melalui ketua-ketua ranting masing-masing.

Andre Lai, yang juga merupakan anak tempatan, telah banyak mencurahkan usaha untuk menolong komuniti setempat.

“Kami telah melalui tahun sukar 2020 dan 2021 dengan penuh pasrah, oleh itu saya mengharapkan 2022 membawa harapan baharu untuk rakyat,” jelas beliau.

Dengan suasana ekonomi masih tidak menentu, sedikit sebanyak edaran kalender dan bantuan yang disalurkan sepanjang tahun ini dapat memposisikan KEADILAN di Ampang dalam misi mempertahankan kerusi parlimen menjelang PRU ke-15 tidak lama lagi.

Justeru, tambah Andre, semua pihak diharap terus memastikan rakyat menerima keberadaan KEADILAN yang semakin bertapak kukuh di kawasan ini.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 20 Jan – Pengupayaan dan kemahiran dalam bidang tertentu seiring dengan tuntutan semasa memberi harapan baharu buat golongan B40, menerusi pendidikan....

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 19 Jan – Siasatan kes gangguan seksual membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dengan seorang wanita yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPenganalisis melihat gesaan pemimpin Umno agar pilihan raya di Johor diadakan secepat mungkin bukanlah disebabkan parti politik itu semakin kukuh berdasarkan kemenangan...

Copyright © 2021 Media Rania