Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Gempa Bumi Magnitud 7.5 Skala Richter Gegar Peru

Kongsikan Artikel Ini

LIMA, 28 Nov – Pemantau Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa bumi berukuran magnitud 7.5 pada skala Richter melanda utara Peru.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan akibat gempa bumi pada jam 5.52 pagi waktu tempatan (6.52 petang waktu Malaysia) hari ini.

Gempa yang dikesan kira-kira 45 kilometer (km) ke utara Barranca, pada kedalaman 80 km itu mengakibatkan gegaran yang menyebabkan beberapa bangunan runtuh.

Gegaran akibat gempa itu juga dirasai sehingga beberapa kawasan di Brazil, Colombia dan Ecuador.

Barranca adalah kawasan yang tidak ramai penduduk kira-kira 165 kilometer ke utara Lima.

USGS turut memberi amaran bahawa wujud kemungkinan berlaku tanah runtuh akibat banjir lumpur.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSINGAPURA, 22 Jan – Kematian pertama berkaitan varian Omicron dilaporkan di negara ini, hari ini melibatkan seorang wanita berusia 92 tahun yang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 21 Jan – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata kemusnahan yang disebabkan oleh Taufan Rai di Filipina telah ‘terlalu dipandang remeh’...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – United Kingdom (UK) mengumumkan bahawa sekatan yang dilaksanakan di England pada bulan lalu untuk memerangi kes COVID-19 akibat...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 21 Jan – Amerika Syarikat akan menganggap sebarang pergerakan Russia ke Ukraine sebagai ‘pencerobohan’, kata Presiden Amerika Syarikat, (AS) Joe Biden....

Copyright © 2021 Media Rania