Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Anak Muda

Belia Disaran Lebih Proaktif Pacu Agenda Penang 2030 – Nurul Izzah

Kongsikan Artikel Ini

SEBERANG JAYA, 28 Nov – Golongan belia di Pulau Pinang disaran lebih proaktif dalam melibatkan diri mereka bersama masyarakat setempat melalui aktiviti bermanfaat.

Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, beliau mahu golongan berkenaan menceburi lebih banyak program berunsur kemasyarakatan walaupun perkembangan dunia teknologi digital kini semakin pesat.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Karnival Jom Kerja Penanti 2021 dan Pusat Belia Penanti di Dewan Serbaguna Taman Guar Perahu, dekat sini semalam.


Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee dan Exco Agroteknologi & Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan merangkap ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin.


“Selaras dengan mengupayakan belia, Biro Belia telah diwujudkan dalam setiap MPKK di Pulau Pinang bagi menggerakkan lebih banyak penglibatan belia untuk mengambil bahagian dalam inisiatif, aktiviti dan program berkaitan komuniti di bawah kerajaan negeri dan juga pusat,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, sasaran bagi mewujudkan pusat belia di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan menggunakan kemudahan dewan sedia ada ini merupakan satu langkah yang tepat dalam memacu agenda belia menuju Penang 2030.


Beliau mengajak anak muda di Permatang Pauh bersama-sama mengunjungi Pusat Belia Penanti bagi mengetahui maklumat lanjut berkaitan program yang boleh mereka ceburi.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Penganjur perhimpunan #TangkapAzamBaki memaklumkan, himpunan itu tetap diteruskan di lokasi baru esok, selepas polis mengumumkan penutupan semua...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Jan – Gabungan 23 organisasi mengemukakan Memorandum Rakyat Desak Selamatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengandungi lapan tuntutan termasuk...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniKOTA KINABALU, 19 Jan – Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Razeef Rakimin menyelar tindakan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR),...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniBINTULU, 19 Jan – Semakin hari kerajaan seumpama gagal mengendalikan negara Malaysia. Apakah itu sudah jelas menunjukkan bahawa kita sanggup berada di...

Copyright © 2021 Media Rania