Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

TERKINI – Dr Maszlee Umum Sertai KEADILAN

Kongsikan Artikel Ini

SIMPANG RENGGAM, 27 Nov – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik sah menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sebagai wadah politik barunya, hari ini.

Perkara tersebut diumumkan Maszlee dalam satu majlis penyerahan borang keahlian di Simpang Renggam yang dihadiri Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim.

Majlis diadakan Dewan JKKK Kampung Baru Machap, di sini sebentar tadi.

“Pada hari ini, saya membawa mesej kepada orang-orang muda dan yang seusia dengan saya, bahawa harapan masih belum pudar. Kita masih punya harapan untuk bangkit semula dan membawa perubahan.


“Maka atas dasar inilah, saya seperti anda semua, rakyat biasa, rakyat marhaen, yang inginkan perubahan, membuat keputusan yang besar untuk bersama KEADILAN,” katanya disertai sorakan reformasi oleh penonton yang hadir.

“Hari ini, saya, ahli keluarga saya, para penyokong, keluarga besar Simpang Renggam akan mengundi, dan 500 rakyat Simpang Renggam akan menyerahkan borang permohonan keahlian menyertai KEADILAN,” katanya lagi.

Majlis itu turut menyaksikan Maszlee menyerahkan borang keahlian kepada Anwar, berbalas penyerahan replika kad keahlian KEADILAN kepada Maszlee, diakhiri Maszlee menyarung baju t-shirt KEADILAN berwarna biru muda.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor yang juga ahli parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) merangkap ahli parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel IniKOTA BHARU, 22 Jan – Umno Kelantan membuat keputusan tidak lagi bersama dengan Pas negeri melalui Muafakat Nasional (MN) yang berkuat kuasa...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Politik

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 16 Jan – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, PH optimis mempertahan 20 kerusi DUN...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 13 Jan – Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan ramalan mengenai amaran hujan berterusan dan angin kencang di Sarawak sehingga Sabtu...

Copyright © 2021 Media Rania