Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Liverpool Benam Southampton, Terus Himpit Chelsea

Kongsikan Artikel Ini

LIVERPOOL, 28 Nov – Gergasi Liga Perdana Inggeris (PL), Liverpool terus menghimpit kedudukan pendahulu liga, Chelsea apabila membenam sisa-sisa perjuangan Southampton dengan kemenangan bergaya 4-0 di Anfield sebentar tadi.

Dua jaringan daripada penyerang antarabangsa Portugal, Diogo Jota serta satu gol daripada pemain Sepanyol, Thiago Alcantara dan pertahanan antarabangsa Belanda, Virgil van Dijk memastikan tiga mata penuh diraih pasukan tuan rumah.

Kemenangan kali kelapan tersebut membolehkan The Reds mengumpul 28 mata untuk berada di kedudukan kedua liga memintas Machester City dan hanya dipisahkan satu mata di belakang The Blues yang menanti kunjungan kelab bermasalah, Manchester United di Stamford Bridge lewat malam nanti.


Anak-anak buah Jurgen Klopp kini tidak pernah tewas dalam 97 perlawanan yang mereka mendahului dalam separuh masa pertama dan ini merupakan petanda baik mencabar kejuaraan liga buat kali kedua sejak memenanginya pada musim 2019/20 lalu.

Jota membuka tirai jaringan seawal minit ke-2 babak pertama menyudahkan hantaran Andy Robertson dan menggandakam jaringan setengah jam selepas itu apabila bijak menyambut hantaran cantik penyerang Mesir, Mohamed Salah.

Thiago pula menyumbat gol ketiga Reds lima limit selepas itu sebelum van Dijk menyudahkan hantaran sepakan penjuru Trent Alexander-Arnold pada separuh masa kedua minit ke-52.

Biarpun tentangan diberikan Southampton namun ia tidak cukup melebarkan penguasaan berat sebelah bola Reds sebanyak 65% dengan 20 percubaan ke gawang lawan.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniWATFORD, 22 Jan – Norwich melonjak keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (PL) buat pertama kali musim ini selepas dua gol...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMANCHESTER, 21 Jan – Cristiano Ronaldo akan berhadapan dengan kemungkinan pemotongan gaji sebanyak 25 peratus pada musim depan sekiranya Manchester United gagal...

Sukan

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Gambar profil di laman sosial Facebook Lee Zii Jia mungkin menggambarkan apa yang bermain di lubuk hati...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Copyright © 2021 Media Rania