Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Ketibaan Rangnick Khabar Buruk Buat Pasukan Liga Perdana?

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 27 Nov – Jurgen Klopp memberi amaran, ketibaan Ralf Rangnick di Manchester United bakal membawa khabar tidak baik buat pasukan lain di Liga Perdana Inggeris (PL).

Ini setelah Rangnick mencapai persetujuan dengan Red Devils sebagai pengendali sementara sehingga akhir musim, sebelum menjadi penasihat untuk tempoh dua tahun di Old Trafford, semalam.

Pengendali 63 tahun itu pernah dianggap sebagai salah seorang yang terbaik, atau jurulatih terbaik Jerman oleh Klopp, dan Rangnick turut memberi impak dalam karier Thomas Tuchel (Chelsea) serta Julian Nagelsmann (Bayern Munich).

“Malangnya jurulatih hebat akan tiba di England, ke Manchester United. Ralf seorang pengurus yang sangat berpengalaman, membina dua kelab daripada sifar kepada pesaing utama di Jerman bersama Hoffenheim dan RB Leipzig.

“Dia memegang banyak peranan dalam bola sepak tetapi tugas utamanya ialah sebagai jurulatih, pengendali dan itulah kemahiran sebenarnya.

“United akan lebih tersusun di atas padang dan saya rasa kita perlu sedar ia bukan berita baik buat pasukan lain.

“Namun semua jurulatih memerlukan masa dan Ralf akan menyedari dia tidak mempunyai tempoh mencukupi.

“Selain itu, dia seorang individu yang baik dan jurulatih hebat apabila dia datang ke England,” kata Klopp.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniWATFORD, 22 Jan – Norwich melonjak keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (PL) buat pertama kali musim ini selepas dua gol...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMANCHESTER, 21 Jan – Cristiano Ronaldo akan berhadapan dengan kemungkinan pemotongan gaji sebanyak 25 peratus pada musim depan sekiranya Manchester United gagal...

Sukan

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Gambar profil di laman sosial Facebook Lee Zii Jia mungkin menggambarkan apa yang bermain di lubuk hati...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Copyright © 2021 Media Rania