Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Arsenal Lonjak Ke Tangga Kelima Selepas Benam Newcastle

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 27 Nov – Dua jaringan daripada Bukayo Saka dan Gabriel Matrinelli memastikan Arsenal mengutip mata penuh apabila menumpaskan Newcastle United 2-0 dalam kancah Liga Perdana Inggeris (PL) yang berlangsung sebentar tadi di Stadium Emirates, London.

Skuad Mikel Arteta yang dikecam teruk susulan persembahan memalukan di Anfield minggu lalu mempamerkan aksi meyakinkan di hadapan lebih 45 ribu penonton, bagaimanapun perlu menunggu separuh masa kedua untuk mencari gol kemenangan.

Dimulai dengan jaringan Saka pada minit ke-56, The Gunners tampil garang apabila menambah gol selang 10 minit hasil sentuhan pemusnah Martinelli selepas memperdaya pertahanan pelawat.

Keputusan tersebut melonjakkan kelab utara London itu di tangga kelima, sama mata dengan West Ham United yang kurang beraksi satu perlawanan.

Kejayaan anak buah Arteta menjadi penyuntik semangat setelah hampir dipecat awal bulan ini dan prestasi semakin baik ditonjolkan walaupun tewas 0-4 di tangan Liverpool minggu lalu.

Skuad Eddie Howe kini tanpa kemenangan dan kini menghuni tangga tercorot dengan enam mata setelah hanya sekadar seri enam kali dan tewas tujuh kali termasuk di tangan Arsenal sebentar tadi.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniWATFORD, 22 Jan – Norwich melonjak keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (PL) buat pertama kali musim ini selepas dua gol...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMANCHESTER, 21 Jan – Cristiano Ronaldo akan berhadapan dengan kemungkinan pemotongan gaji sebanyak 25 peratus pada musim depan sekiranya Manchester United gagal...

Sukan

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Gambar profil di laman sosial Facebook Lee Zii Jia mungkin menggambarkan apa yang bermain di lubuk hati...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Copyright © 2021 Media Rania