Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Tangguh Perjalanan Ke Ethiopia

TOPSHOT - Soldiers of Tigray Defence Force (TDF) prepare to leave for another field at Tigray Martyr's Memorial Monument Center in Mekele, the capital of Tigray region, Ethiopia, on June 30, 2021. - Rebel fighters in Ethiopia's war-hit Tigray seized control of more territory on June 29, 2021, one day after retaking the local capital and vowing to drive all "enemies" out of the region. (Photo by Yasuyoshi Chiba / AFP) (Photo by YASUYOSHI CHIBA/AFP via Getty Images)
Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan sementara perjalanan tidak penting ke Ethiopia susulan konflik antara Angkatan Tentera Ethiopia dan Gerakan Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF).

Menurut kenyataan kementerian hari ini, Kedutaan Malaysia di Khartoum, Sudan, memaklumkan empat rakyat Malaysia di Ethiopia yang berdaftar dengan kedutaan berada dalam keadaan selamat.

“Pegawai kedutaan sentiasa berhubung rapat dengan mereka. Mereka dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan masing-masing, serta menimbangkan untuk meninggalkan Ethiopia menerusi penerbangan komersial yang masih beroperasi,” menurut kenyataan itu.

Konflik dalaman di Ethiopia tercetus apabila kerajaan pusat menuduh pemberontak TPLF menyerang pangkalan tenteranya di Tigray. Pada Mei, TPLF telah disenaraikan sebagai kumpulan pengganas di Ethiopia.

Pada awal November, sembilan puak pembangkang Ethiopia mengisytiharkan pembentukan pakatan antikerajaan untuk menggulingkan Kabinet pimpinan Perdana Menteri Abiy Ahmed dan menubuhkan pihak berkuasa peralihan. TPLF adalah sebahagian daripada pakatan itu.

Rentetan daripada itu, pada 2 Nov parlimen Ethiopia mengisytiharkan darurat selama enam bulan di seluruh negara susulan TPLF bertindak memasuki ibu negara Addis Ababa. Perkembangan itu mendorong beberapa negara mula mengosongkan misi diplomatik mereka di Ethiopia.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Ethiopia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Khartoum, atau kementerian melalui saluran berikut: Tel: +249 99 070 0350, E-mail : [email protected], media sosial : @Malawakil.Khartoum (Facebook) @MYEmbKhartoum (Twitter), Wisma Putra di talian 03-88874201 / 4530 (waktu pejabat), 03-88874570 (selepas waktu pejabat).

– BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreBUENOS AIRES, 1 Dis – Agensi Kawal Selia Kesihatan Brazil (ANVISA) pada Selasa mengumumkan dua rakyat Brazil disahkan positif varian Omicron COVID-19,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreSINGAPURA, 1 Dis – Bayaran perkhidmatan mengutip sampah bagi isi rumah di sini akan dinaikkan awal tahun depan, buat kali pertama sejak...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreSAN JUAN, 30 Nov – Negara Barbados kini secara rasminya menjadi sebuah republik. Upacara bersejarah itu disaksikan beberapa pemimpin dan orang kenamaan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreTOKYO, 29 Nov – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata kerajaan akan melarang kemasukan baharu semua warga asing mulai Selasa berikutan kebimbangan...

Copyright © 2021 Media Rania