Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Mampukah Rangnick Ubah Nasib United?

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 26 Nov – Kelab bermasalah, Manchester United melantik Ralf Rangnick sebagai pengendali sementara menggantikan Ole Gunnar Solskjaer yang dipecat.

Kelab Liga Perdana Inggeris (PL) itu mengesahkan Rangnick, 63, yang kini mengetuai bahagian sukan dan pembangunan kelab Russia Lokomotiv Moscow, sebagai pengganti jangka pendek Solskjaer.

Michael Carrik mengambil alih pasukan ketika kemenangan Liga Juara-Juara Eropah di Villarreal, yang membawa United ke peringkat kalah mati, tetapi kelab mahu membawa pengendali lebih berpengalaman untuk menghabiskan baki saingan musim ini.

United dijangka melantik pengendali tetap pada penghujung kempen dengan bos Paris Saint-Germain, Mauricio Pochettino dikaitkan dengan jawatan itu.

Rangnick, yang pernah membimbing RB Leipzig, mencapai persetujuan dengan United untuk mengambil alih tugas itu berkata, perjanjian itu tertakluk kepada persetujuan Lokomotiv untuk melepaskannya daripada kontrak.

Bagaimanapun dia mungkin tidak sempat untuk mengendalikan perlawanan menentang Chelsea hujung minggu ini kerana isu permit.

“Semua tenaga dan fikiran tertumpu pada Ahad ini. Saya kawal apa yang dalam kawalan saya. Semua perkara tidak perlu saya risaukan kerana saya perlu menang perlawanan bola dan itu yang saya mahu lakukan,” kata Carrick.

Solskjaer dipecat Ahad lalu susulan kekalahan memalukan 1-4 di tangan Watford.

Mereka kini di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris selepas tewas empat daripada lima perlawanan terakhir, 12 mata di belakang pendahulu Chelsea dan enam di belakang West Ham yang menduduki tangga keempat.

Namun nasib United belum dapat dipastikan kerana perlu memperbaiki kedudukan mereka dalam liga serta kemampuan mereka menyaingi Liverpool, Manchester City dan Arsenal menjelang musim sejuk.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLIVERPOOL, 2 Dis – Bos Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan skuad kendaliannya telah mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan kemenangan 4-1 ke atas Everton...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLIVERPOOL, 2 Dis – Mohamed Salah meledak dua gol ketika Liverpool membelasah pasukan bekas pengendalinya, Rafael Benitez menyebabkan pengurus Everton itu semakin...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLONDON, 1 Dis – Cristiano Ronaldo secara terbuka menyokong dakwaan daripada halaman peminat bahawa Lionel Messi merampas kemenangan Ballon d’Or daripada dirinya...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLONDON, 1 Dis – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui dia terkejut Mohamed Salah sekadar di ranking ketujuh aungerah Ballon d’Or. Lionel Messi...

Copyright © 2021 Media Rania