Negeri

Isu Bekalan Air Bersih Dan Terawat – GPS Lepas Tangan

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 26 Nov – Hampir 6 darsawarsa infrastruktur asas terutamanya bekalan air bersih dan terawat masih belum dapat di salurkan kepada rakyat terutamanya penduduk luar bandar.


Kemudahan asas ini, sepatutnya telah diselesaikan dan tidak akan membelenggu penduduk sekitar Bekenu jika negeri ini ditadbir dengan baik dan efektif.

Jika kita lihat di kawasan sekitar Bekenu terutamanya perkampungan Kadayan, penduduknya masih menghadapi masalah ketiadaan bekalan air malah sumber air paip ada yang tidak pernah sampai ke kediaman dan sekolah luar bandar.

Pelbagai aduan daripada penduduk Kampung Tiris yang mengalami masalah gangguan bekalan air sejak beberapa tahun lepas namun keadaan bertambah parah kebelakangan ini. Ini kerana penduduk hanya akan mendapat bekalan air berjadual yang kebiasaanya pada tengah malam sehingga awal pagi.


Pastinya masalah ini akan menjadi kesukaran terutamanya warga emas apabila terpaksa bangun seawal pukul 2 pagi untuk menadah air takungan bagi kegunaan seharian.

Jika wakil rakyat dari parti BN sebelum ini dan sekarang dijenamakan semula dengan GPS menjalankan peranan beliau dengan baik, pastinya masalah ini dapat diselesaikan.

Jika kerajaan GPS yang kononnya prihatin masalah rakyat Sarawak, pastinya tiada lagi isu kekurangan kemudahan asas di setiap ceruk kampung dan luar bandar.

Laungan pembangunan yang dimomokkan selama ini hanya menjadi sebutan di bibir mereka tanpa dirasai penduduk Bekenu yang mana masalah asas pun tidak diselesaikan lagi.

Norhafizah Joharie
Ketua Srikandi
Parti KEADILAN Rakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hasil gesaan daripada pemimpin Umno disifatkan sebagai satu tindakan “rakus” mendapatkan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekaligus membuka laluan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dilaporkan mendapat perkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim petang ini. Sumber...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 21 Jan – Sebagaimana kita semua sedia maklum, dalam pengakuan awalnya berhubung kontroversi pemilikan berjuta saham yang dikaitkan dengannya, Ketua Pesuruhjaya...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version