Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Bekas Naib Ketua AMK Akui Kelemahan Penerangan PKR Punca Kekalahan Di Melaka

Kongsikan Artikel Ini

PETALING JAYA, 26 NOV. – Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Syed Badli Shah Syed Osman mendedahkan kelemahan Biro Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi punca kekalahan parti itu pada Pilihanraya Negeri Melaka baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik di saluran Youtube milik beliau, Syed Badli mendedahkan masih terdapat pengundi yang tidak mengenali calon dari parti berkenaan ketika beliau turun berkempen di DUN Paya Rumput.

“Saya sendiri mempunyai pengalaman apabila saya bertembung dengan seorang jemaah masjid yang pada ketika itu secara kebetulan menegur saya di dalam Masjid. Kemudian beliau bertanya dengan penuh persoalan adakah Parti Keadilan tidak bertanding pada kali ini? Dan dia hairan saya berada di sana bantu calon yang mana pula?”

“Kebetulan jemaah itu adalah subscriber channel Youtube Syed Badli Shah. Jadi saya beritahu kepada dia bahawa saya turun bantu calon Paya Rumput. Dia bertanya kepada saya jadi PKR bertanding la ye? Saya jawab ya, Keadilan bertanding guna logo Harapan.”

Beliau juga menjelaskan kejadian ini banyak berlaku kepada jentera PKR itu sendiri. Perkara ini jelas menunjukkan walaupun calon PKR di DUN Paya Rumput merupakan Ketua Penerangan PKR, namun Shamsul selaku Ketua Penerangan gagal menerangkan kepada pengundi bahawa PKR bertanding menggunakan logo Harapan.

Lebih mengejutkan persoalan yang dilontarkan seolah penduduk di DUN Paya Rumput tidak mengenali Shamsul yang merupakan antara pimpinan tertinggi PKR.

Syed Badli juga mengakui tidak ada seorang pun jentera Penerangan parti membantu Shamsul Iskandar di DUN Paya Rumput melainkan mereka yang berada di bawah program latikan Penerangan parti itu.

Dalam video berdurasi 35 minit itu beliau turut menuding jari kepada beberapa individu lain termasuk Norman Radzuan, Iswardy Morny, Rafizi Ramli serta beberapa individu lain selain menyalahkan PKR atas kegagalan menyasarkan pengundi ‘putih’ seperti yang dibuat Barisan Nasional.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania