Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Tiada Royalti Petroleum Untuk Kelantan, Hanya Wang Ihsan – Zafrul

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen, beliau berkata ini kerana kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan.

Namun begitu, katanya, memandangkan lokasi medan petroleum berdekatan dengan perairan negeri Kelantan, maka kerajaan Persekutuan membuat pembayaran dalam bentuk wang ehsan.

“Ia bagi melaksanakan projek dan program untuk manfaat rakyat di negeri tersebut,” katanya.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang meminta kerajaan menyatakan status terkini tuntutan bayaran royalti tunai oleh kerajaan negeri Kelantan.

Secara tidak langsung, ia membuktikan Umno tidak akan memberi ‘layanan’ sama rata terhadap Pas kerana ia akan membahayakan kedudukan Umno di negeri itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreKUCHING, 2 Dis – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak memerlukan sedikit masa lagi bagi menentukan calon dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mendesak kerajaan Sabah mendedahkan butiran penuh perjanjian karbon kontroversi yang telah...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 2 Dis – Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, hari ini, meluluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2021 bagi...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Copyright © 2021 Media Rania