Sukan

Thiago, Salah, Musnah Impian Porto

Kongsikan Artikel Ini

LIVERPOOL, 25 Nov – Jurgen Klopp memuji barisan pemain Liverpool yang menewaskan Porto 2-0 dalam saingan Kumpulan B Liga Juara-Juara Eropah di Anfield.

Skuad kendalian Jurgen Klopp sudah mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati sebagai juara kumpulan, manakala misi Porto musnah dengan kekalahan berkenaan.

Thiago Alcantara yang mengharungi tempoh sukar di Liverpool, meledak gol pertamanya sejak Mei untuk meletakkan mereka di depan dalam babak kedua.

Mohamed Salah memastikan kemenangan kelima berturut-turut dalam kumpulan dengan jaringan ke-17 dirinya musim ini.

Porto di tangga kedua kumpulan, satu mata di depan Atletico Madrid dan AC Milan, dan skuad kendalian Sergio Conceicao perlu menewaskan juara Sepanyol itu pada aksi terakhir kumpulan 7 Disember ini.

Klopp terpaksa merehatkan beberapa tonggak utamanya termasuk Virgil Van Dijk, Andrew Robertson, Fabinho dan Trent Alexander -Arnold bagi memastikan skuadnya cukup cergas untuk mengharungi sembilan perlawanan bulan depan.

“Ia cukup bagus. Sesetengah orang mungkin berfikir kami akan bermain sambil lewa tetapi kami di sini bukan untuk itu. Kami menang dengan dua gol hebat, terutama Thiago.

“Ia sedikit kucar-kacir, tetapi tidak pelik untuk pasukan yang sudah lama tidak beraksi bersama. Namun banyak perkara positif, baik secara individu mahupun sebagai satu kumpulan.

“Kami menurunkan pemain-pemain muda, pemain yang baru pulih daripada kecederaan dan pemain yang memerlukan minit permainan, manakala pemain yang perlu berehat dapat direhatkan,” kata Klopp.

– AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Dis – Bos Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan skuad kendaliannya telah mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan kemenangan 4-1 ke atas Everton...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Dis – Mohamed Salah meledak dua gol ketika Liverpool membelasah pasukan bekas pengendalinya, Rafael Benitez menyebabkan pengurus Everton itu semakin...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 1 Dis – Cristiano Ronaldo secara terbuka menyokong dakwaan daripada halaman peminat bahawa Lionel Messi merampas kemenangan Ballon d’Or daripada dirinya...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 1 Dis – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui dia terkejut Mohamed Salah sekadar di ranking ketujuh aungerah Ballon d’Or. Lionel Messi...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version