Sukan

Thiago, Salah, Musnah Impian Porto

Kongsikan Artikel Ini

LIVERPOOL, 25 Nov – Jurgen Klopp memuji barisan pemain Liverpool yang menewaskan Porto 2-0 dalam saingan Kumpulan B Liga Juara-Juara Eropah di Anfield.

Skuad kendalian Jurgen Klopp sudah mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati sebagai juara kumpulan, manakala misi Porto musnah dengan kekalahan berkenaan.

Thiago Alcantara yang mengharungi tempoh sukar di Liverpool, meledak gol pertamanya sejak Mei untuk meletakkan mereka di depan dalam babak kedua.

Mohamed Salah memastikan kemenangan kelima berturut-turut dalam kumpulan dengan jaringan ke-17 dirinya musim ini.

Porto di tangga kedua kumpulan, satu mata di depan Atletico Madrid dan AC Milan, dan skuad kendalian Sergio Conceicao perlu menewaskan juara Sepanyol itu pada aksi terakhir kumpulan 7 Disember ini.

Klopp terpaksa merehatkan beberapa tonggak utamanya termasuk Virgil Van Dijk, Andrew Robertson, Fabinho dan Trent Alexander -Arnold bagi memastikan skuadnya cukup cergas untuk mengharungi sembilan perlawanan bulan depan.

“Ia cukup bagus. Sesetengah orang mungkin berfikir kami akan bermain sambil lewa tetapi kami di sini bukan untuk itu. Kami menang dengan dua gol hebat, terutama Thiago.

“Ia sedikit kucar-kacir, tetapi tidak pelik untuk pasukan yang sudah lama tidak beraksi bersama. Namun banyak perkara positif, baik secara individu mahupun sebagai satu kumpulan.

“Kami menurunkan pemain-pemain muda, pemain yang baru pulih daripada kecederaan dan pemain yang memerlukan minit permainan, manakala pemain yang perlu berehat dapat direhatkan,” kata Klopp.

– AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniWATFORD, 22 Jan – Norwich melonjak keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (PL) buat pertama kali musim ini selepas dua gol...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMANCHESTER, 21 Jan – Cristiano Ronaldo akan berhadapan dengan kemungkinan pemotongan gaji sebanyak 25 peratus pada musim depan sekiranya Manchester United gagal...

Sukan

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Gambar profil di laman sosial Facebook Lee Zii Jia mungkin menggambarkan apa yang bermain di lubuk hati...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version