Antarabangsa

Solomon Bergolak Desak PM Letak Jawatan

Kongsikan Artikel Ini

HONIARA, 25 Nov – Rusuhan baharu tercetus di Honiara, pusat bandar Kepulauan Solomon hari ini, menuntut Perdana Menteri, Manasseh Sogavare, meletak jawatan.

Gesan beliau supaya ketegangan dalam kalangan gugusan kepulauan itu sehingga menyebabkan negara Pasifik itu terjerumus ke dalam krisis, tidak diendahkan.

Penunjuk perasaan menentang terus membantah sekatan dikenakan kerajaan selepas kekacauan meluas di ibu negara semalam, dengan cuba menyerbu Parlimen dan menggulingkan kerajaan Sogavare.

Namun, Perdana Menteri mendakwa kerajaannya masih terkawal dan akan terus memimpin negara.

“Hari ini saya berdiri di depan anda untuk memaklumkan negara kita selamat, pihak bertanggungjawab akan berdepan tindakan undang-undang tegas,” katanya.

Seorang penduduk tempatan berkata, perusuh berkumpul semula dan sekali lagi menyasarkan kawasan Chinatown Honiara dan menggeledah balai polis.

Lelaki yang enggan dikenali itu berkata, polis sudah membuat sekatan jalan raya tetapi pergolakan tidak menunjukkan tanda akan reda.

“Ada perusuh bergerak, ia sangat tegang,” katanya ketika media tempatan melaporkan rompakan dan polis menggunakan gas pemedih mata.

Saksi lain menyiarkan imej asap yang berkepul dari ibu negara di media sosial dan berkata perniagaan milik orang Cina menjadi sasaran.

Kebanyakan penunjuk perasaan di Honiara dilaporkan berasal dari pulau berjiran, Malaita, di mana penduduknya ramai sudah lama mengadu diabaikan dan disisihkan oleh kerajaan Pusat.

Kerajaan tempatan pulau itu juga menentang keras keputusan Kepulauan Solomon menukar hubungan diplomatik dari Taiwan kepada China pada 2019, yang menurut pengkritik adalah strategi Sogavare bagi mendekati Beijing.

Pemimpin pembangkang, Matthew Wale, yang menggesa Perdana Menteri meletak jawatan dalam satu kenyataan, menyuarakan kekecewaan terhadap keputusan kontroversi dibuat Sogavare semasa memegang jawatan sebagai punca keganasan.

“Malangnya, kekecewaan dan kemarahan rakyat yang terpendam terhadap perdana menteri melimpah tanpa terkawal di jalan raya, di mana ada pihak mengambil kesempatan daripada keadaan serius yang semakin merosot,” katanya.

– AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSINGAPURA, 2 Dis – Dua penumpang yang tiba di Singapura dari Afrika Selatan dengan menaiki pesawat Singapore Airlines pada Rabu (1 Disember)...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniTHE HAGUE, 2 Dis – Lebih separuh penumpang dikuarantin di sebuah hotel di Belanda, selepas dikesan positif COVID-19 sejurus tiba dari Afrika...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBUENOS AIRES, 1 Dis – Agensi Kawal Selia Kesihatan Brazil (ANVISA) pada Selasa mengumumkan dua rakyat Brazil disahkan positif varian Omicron COVID-19,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSINGAPURA, 1 Dis – Bayaran perkhidmatan mengutip sampah bagi isi rumah di sini akan dinaikkan awal tahun depan, buat kali pertama sejak...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version