Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Perpaduan Menjadi Realiti Jika Dilaksana Sesungguhnya – Manivanan

Kongsikan Artikel Ini

Kenyataan Akhbar
25 November 2021

Saya meneliti perbahasan YB Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dalam Sidang Dewan Parlimen kelmarin (23 Nov 2021) di mana beliau mencadangkan untuk menubuhkan Sekolah Keluarga Malaysia @ Unity School untuk memupuk perpaduan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia.

Cadangan YB Kinabatangan seolah – olah menyembunyikan semua malapetaka lain yang sedang mengugat perpaduan di negara ini. Elemen – elemen seperti rasis, prinsip ‘divide and rule’, ketidakseimbangan bantuan kebajikan dan ekonomi, ancaman perkauman dan penghinaan agama tidak dibangkitkan sama sekali.

Yb Kinabatangan dan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional serta sekutunya WAJIB mengetahui bahawa, masyarakat India dan Cina menghargai perpaduan. Rakyat Malaysia, yang terdiri daripada Melayu, Cina, India, Orang Asal serta suku kaum di Sabah dan Sarawak sememangnya menghormati satu sama lain. Yang merosakkan perpaduan ini ialah ahli politik yang memerlukan elemen – elemen negatif agar terus berkuasa.

Persoalan – persoalan yang sekian lama, merunsingkan minda saya ialah:

– Setiap kali berbicara mengenai perpaduan, ahli politik perlu merujuk kepada sekolah vernakular. Mengapa?

– Setiap kali berbicara mengenai perpaduan, idea yang diutarakan adalah idea untuk mengorbankan identiti masyarakat India dan Cina. Mengapa?

– Setiap kali berbicara mengenai perpaduan, Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional dan sekutunya gagal mengamalkan sikap keterbukaan dan inklusif. Mengapa?

– Setiap kali berbicara mengenai perpaduan, pimpinan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional dan sekutunya seolah – olah ketandusan idea untuk memupuk semangat perpaduan yang sebenar. Mengapa?

DAN

Bagaimana masyarakat Malaysia yang berbilang kaum akan yakin dan percaya kepada dasar dan polisi yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional dan sekutunya, apabila mengetahui Kerajaan itu adalah Kerajaan yang rasis?

Cerminkan diri sendiri. Perpaduan bermula dari diri kita sendiri. Sebagai pemimpin lontarkan idea yang bernas dan rasional supaya diterima oleh semua lapisan masyarakat tanpa menguris hati mereka.

Saya mencadangkan, sebagai permulaan beberapa langkah – langkah yang WAJIB dilaksanakan untuk memupuk perpaduan di negara ini:

1. Menggubal Akta Perpaduan dan Keharmonian Negara

Kini, untuk memastikan perpaduan dan keharmonian rakyat, kita bergantung kepada serpihan beberapa Akta Parlimen iaitu Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), Seksyen 504 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan subseksyen 41 Akta Hasutan 1948 (Akta 15). Peruntukan undang – undang ini tidak memadai. Kita memerlukan Akta yang inklusif, jelas dan terang untuk memelihara keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

2. Menggubal Akta Toleransi Agama

Kini, untuk memastikan tiada sesiapa menggunakan agama sebagai satu instrumen untuk mengugat perpaduan dan memecahbelahkan kita, seharusnya kita memperkenalkan Akta Toleransi Agama. Akta yang direka ini wajar mempunyai semangat perpaduan dan memupuk keharmonian dengan menghormati agama lain. Ianya juga selaras dan sejajar dengan ajaran semua agama di dunia, iaitu menghormati agama lain.

3. Polisi atau Dasar Kesaksamaan dan Kesamarataan

Kini, perpaduan hanya boleh dibentuk sekiranya rakyat yakin dan percaya terhadap sesuatu polisi atau dasar. Polisi tersebut wajar menitikberat dan merangkumi semua lapisan masyarakat. Rakyat Malaysia, walaupun berbeza dari segi agama dan kaum, tetapi itu hanya perbezaan identiti dan kepercayaan. Kami tetap sama dari sudut warganegara dan kesetiaan kepada negara. Kesaksamaan dan Kesamarataan dalam polisi – polisi kemanusiaan, kebajikan, ekonomi, peluang pekerjaan, sukan dan pendidikan WAJIB diutamakan.

4. Memimpin Negara Dengan Konsep Perpaduan

Kini, segala polisi yang diluluskan di negara ini berkait rapat dengan prinsip ‘divide and rule’. Mentadbir secara ‘pecah dan perintah’. Naluri insan yang jujur terhadap perpaduan, TIDAK akan menggunakan prinsip sebegini. ‘Keluarga Malaysia’ umpama menanam tebu di bibir mulut kerana ianya disusun dan dikarang berpandukan prinsip ‘divide and rule’ dan bukannya prinsip perpaduan.

Terdapat pelbagai lagi idea yang boleh dipertengahkan agar perpaduan di negara ini pada tahap yang memberangsangkan. Namun, sikap tidak jujur dan tidak ikhlas serta ketamakan kuasa menjadi batu penghalang.

Kesimpulannya, isu – isu seperti sekolah, bahasa, pakaian, perayaan dan rumah ibadat merupakan fakta berkait rapat dengan identiti kami di negara ini. Malaysia digelar berbilang kaum kerana keunikan dan perbezaan identiti ini.

Sewajarnya, sekiranya ikhlas dan jujur untuk memupuk perpaduan, jangan bersikap retorik, dan mengulangi perkara yang sama berpuluh – puluh tahun.

Perpaduan bukan terletak diperkarangan sekolah vernakular sahaja, ianya sangat luas. Perpaduan dan semangat perpaduan mampu dibentuk melalui Akta, polisi, dasar dan konsep pemerintahan yang ikhlas dan jujur serta akan menjadi realiti, jika dilaksanakan dengan sesungguhnya.

Manivanan Gowin
Timb Ketua Penerangan Pusat
Parti Keadilan Rakyat

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel InimoreOleh Dr Tan Yee Kew Badannya sudah lemah, tapi punyai keazaman umpama besi dan berhati emas. Ummi mengasaskan rumah anak-anak yatim ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel InimorePENDAPAT, 28 Nov – Pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang merupakan parti komponen Geng Penyamun Sarawak (GPS) dilapor meremehkan rancangan...

Pendapat

Kongsikan Artikel InimorePENDAPAT, 27 Nov – Walaupun UMNO mencapai kejayaan cemerlang dalam PRN Melaka, Pas nampaknya langsung tidak terliur untuk kembali bersama parti itu...

Negeri

Kongsikan Artikel InimorePENDAPAT, 26 Nov – Hampir 6 darsawarsa infrastruktur asas terutamanya bekalan air bersih dan terawat masih belum dapat di salurkan kepada rakyat...

Copyright © 2021 Media Rania