Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Jerman Berdepan Ancaman Gelombang Ke-4 Covid-19!

Kongsikan Artikel Ini

FRANKFURT, 25 Nov – Lebih 100,000 orang disahkan maut akibat Covid-19 di Jerman sejak pandemik bermula di negara ini.

Jerman yang merupakan kuasa ekonomi terbesar Eropah merekodkan 351 kematian akibat virus maut itu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 100,119 kes.

Kadar jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat secara mendadak, menyebabkan kebanyakan hospital berdepan masalah kekurangan katil.

Keadaan itu menyaksikan ramai pesakit Covid-19 dipindahkan ke hospital di negara jiran bagi mendapatkan rawatan.

Jerman pada minggu lalu mengumumkan sekatan Covid-19 yang lebih ketat, termasuk orang ramai perlu membuktikan mereka sudah menerima vaksin, sudah pulih atau negatif ujian Covid-19 sebelum memasuki mana-mana premis perniagaan di saat berdepan gelombang keempat pandemik itu.

Dalam pada itu, Canselor Jerman akan datang, Olaf Scholz menyuarakan sokongan untuk mewajibkan suntikan vaksin Covid-19 terhadap penduduk di negara ini.

Beliau juga memaklumkan, kerajaan baharu akan melabur bilion euro untuk diberi sebagai bonus kepada petugas kesihatan dan barisan hadapan.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreSINGAPURA, 2 Dis – Dua penumpang yang tiba di Singapura dari Afrika Selatan dengan menaiki pesawat Singapore Airlines pada Rabu (1 Disember)...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreTHE HAGUE, 2 Dis – Lebih separuh penumpang dikuarantin di sebuah hotel di Belanda, selepas dikesan positif COVID-19 sejurus tiba dari Afrika...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreBUENOS AIRES, 1 Dis – Agensi Kawal Selia Kesihatan Brazil (ANVISA) pada Selasa mengumumkan dua rakyat Brazil disahkan positif varian Omicron COVID-19,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreSINGAPURA, 1 Dis – Bayaran perkhidmatan mengutip sampah bagi isi rumah di sini akan dinaikkan awal tahun depan, buat kali pertama sejak...

Copyright © 2021 Media Rania