Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Antara CAP dan KPDNHEP, Siapa Menipu?

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah merujuk kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) untuk mendapatkan maklumat mengenai laporan kenaikan harga sayur sehingga 200 peratus.

Timbalan Menterinya, Rosol Wahid berkata, bagaimanapun, CAP kononnya tidak dapat memberi maklumat tepat mengenai isu yang didakwa itu kerana mereka hanya membuat kenyataan berdasarkan cakap dengar.

“Kita ada menerima aduan berkaitan kenaikan harga sayur, yang mana ianya dikatakan (naik) sehingga 200 peratus.

“Tetapi, hasil daripada siasatan kita mendapati, tidak ada. Bila kita tanya (CAP) di mana ianya berlaku, CAP jawab tidak tahu kerana mereka hanya dengar cakap,” katanya menjawab perbahasan Bajet 2022 bagi kementerian itu di Parlimen, malam ini.

Selasa lalu, CAP menggesa KPDNHEP serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah segera menangani kenaikan harga sayur yang meningkat sehingga 200 peratus sejak dua minggu lalu.

Ia susulan aduan yang diterimanya daripada peruncit mengenai kenaikan harga barangan berkenaan.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader dilaporkan berkata, beberapa peruncit mengadu pengedar dan pemborong sudah memberi amaran bahawa harga sayur lain mungkin akan naik dalam beberapa minggu akan datang.

Rosol bagaimanapun, tidak menafikan ada kenaikan harga, tetapi tidak setinggi sehingga 200 peratus sebagaimana didakwa oleh CAP.

Namun Rosol lupa, walaupun kenaikan hanya sekitar 20 peratus pun sudah cukup membebankan rakyat apatah lagi 50 atau 70 peratus.

Penafian Rosol tidak meyakinkan rakyat apabila harga barang terus naik seperti minyak masak, sayur dan terbaharu, roti keluaran sebuah syarikat yang akan berkuatkuasa 1 Disember ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mendesak kerajaan Sabah mendedahkan butiran penuh perjanjian karbon kontroversi yang telah...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreBAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN DAN KETELUSAN DALAM TADBIR URUS SERTA KESAMARATAAN DALAM AGIHAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI DI SARIBAS...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Copyright © 2021 Media Rania