Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Tambang Mahal Halang Hak Pengundi Sarawak – AMK Sarawak

Kongsikan Artikel Ini

KUCHING, 24 NOV. – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada anak kelahiran Sarawak yang kini bekerja di Semenanjung Malaysia berkenaan harga tiket penerbangan yang terlalu mahal untuk mereka pulang mengundi.

Melalui kenyataan bersama yang dikeluarkan Ketua AMK Sarawak, Saifunnizam Sam dan Timbalannya Chiew Choon Man, mereka memberitahu bahawa mereka telah melakukan semakan secara rambang di laman web syarikat-syarikat penerbangan untuk hari sebelum dan selepas hari tarikh mengundi.

Berdasarkan carian rambang tersebut, mereka amat terkejut apabila mendapati harga tiket penerbangan dua hala dari Kuala Lumpur ke Kuching / Miri adalah dari RM1100 sehingga RM3300. Nilai tambang yang dipaparkan untuk perjalanan ini adalah tidak munasabah dan sebenarnya lebih kurang dengan harga tiket ke negara-negara asing

“Untuk makluman, berdasarkan anggaran kajian, seramai lebih kurang 250 ribu anak Sarawak yang layak mengundi sedang berada di Semenanjung ketika ini. Kegagalan kerajaan Sarawak dan Persekutuan untuk memastikan pembangunan yang seimbang antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia telah menyebabkan ramai anak-anak Sarawak terpaksa meninggalkan kampung kesayangan mereka untuk mencari nafkah ataupun meneruskan pendidikan di Semenanjung Malaysia.”

Menurut mereka hak mengundi merupakan hak perlembagaan dan hak asasi setiap rakyat negeri Sarawak. Namun, anak-anak Sarawak kini pula seolah-olah dihukum dan dihalang daripada menunaikan hak mereka sebagai anak Sarawak untuk mengundi akibat harga tiket penerbangan yang terlampau mahal.

Jelas mereka lagi AMK Sarawak menuntut Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak agar berbincang dengan syarikat penerbangan berkenaan isu ini.

“Tindakan segera haruslah diambil untuk menurunkan harga tiket penerbangan bagi membolehkan anak- anak Sarawak di perantauan kembali ke negeri tercinta dan melaksanakan hak-hak mereka dalam menentu masa depan Sarawak.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania