Pendapat

PRN Melaka – Bukit Sama Didaki, Lurah Sama Dituruni

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 24 Nov – Dalam pilihanraya, apabila berlaku kemenangan semua teruja ke hadapan untuk mendapat kepujian. Apabila berlaku kekalahan semua mengundur ke belakang lalu menuding jari ke arah seorang.

Saya teringat zaman kita di sekolah rendah. Beginilah tingkahlakunya. Sentiasa mencari kesilapan orang lain, sehingga dikaburi kekhilafan sendiri. Namun, kita berubah, mencari kematangan mengikut penambahan usia.

Walaubagaimanapun, perangai kebudak-budakan seperti pantas menuding jari ke arah orang lain, masih berterusan dalam segelintir manusia yang tidak dimatangkan oleh proses keusiaan.

Setiap kali insan bernama Anwar Ibrahim mengorak sesuatu langkah, semua menunggu untuk menikmati habuannya. Sekiranya gagal, dia seorang sahaja dipersalahkan. Mengapa begitu rupa?

Jangan perangai macam budak sekolah. Rakyat sedang memerhatikan. Seharusnya, kita kena menerima keputusan pilihanraya dengan hati yang terbuka, mengucapkan tahniah kepada yang menang, dan memulas kepala untuk idea yang bernas untuk mara ke hadapan, menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Sebaliknya, setiap kali berlaku kekalahan, gendang akan berbunyi melalui kelompok yang sama, dengan naratif yang sama – Undur Anwar Undur !!!

Siapa mereka? Segelintir pimpinan DAP.
Siapa dari DAP? Semestinya segelintir Pemuda DAP.
Angkara siapa? Segelintir pimpinan DAP yang masih menaruh harapan luarbiasa dengan Atok96.

Tepuk dada, tanya selera;

– pernah Pemuda DAP menegur pimpinan DAP dan / atau PH apabila Tun Mahathir menghina manifesto Pakatan Harapan?

– pernah Pemuda DAP meminta Tun Mahathir undur selepas kekalahan teruk dalam Pilihanraya Kecil Tanjung Piai?

– pernah Pemuda DAP menegur pimpinan kanan mereka yang turut serta dalam pelbagai langkah bersama Anwar untuk mengembalikan mandat Rakyat?

Jawapannya TIDAK !

Mengapa bersikap hipokrit?

Untung dibahagi sama rata, rugi ditanggung seorang?

Jika beginilah sikapnya, jangan harap RAKYAT akan sokong kita.

Tsunami kekalahan di PRN Melaka, adalah satu signal kepada kita semua. Rakyat mahu melihat kita bersama, sebagai satu unit yang padu, dan bukan menuding jari antara satu sama lain. Tegur menegur antara satu sama lain dan menuding jari antara satu sama lain, adalah berbeza. Menegur itu membina, menuding itu membinasa.

Belajar prinsip setiakawan, menang kongsi sama rata, kalah kongsi sama rata. Inilah adat persahabatan.

Persahabatan yang baik, mungkin ada perbelahan tetapi tidak mudah berpecah. Persahabatan yang hipokrit, mudah berpecah walaupun tanpa perbelahan.

Maka, sama – sama kita menghayati dan mempraktikkan – peribahasa Melayu – Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.

Manivanan Gowin
Timbalan Ketua Penerangan Pusat
Parti Keadilan Rakyat

Artikel di atas merupakan pandangan penulis dan Media Rania sekadar menyiarkan pandangan beliau semata-mata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniOleh Dr Tan Yee Kew Badannya sudah lemah, tapi punyai keazaman umpama besi dan berhati emas. Ummi mengasaskan rumah anak-anak yatim ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 28 Nov – Pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang merupakan parti komponen Geng Penyamun Sarawak (GPS) dilapor meremehkan rancangan...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 27 Nov – Walaupun UMNO mencapai kejayaan cemerlang dalam PRN Melaka, Pas nampaknya langsung tidak terliur untuk kembali bersama parti itu...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 26 Nov – Hampir 6 darsawarsa infrastruktur asas terutamanya bekalan air bersih dan terawat masih belum dapat di salurkan kepada rakyat...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version