Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Kaji Dan Teliti Kekalahan PRN Melaka – Aminuddin

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 24 Nov – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) perlu meneliti dan mengkaji faktor kekalahan parti itu di semua kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kekalahan tersebut perlu dijadikan iktibar dan tugas ketika ini adalah untuk merangka strategi dalam usaha menarik lagi sokongan rakyat kepada KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH).

“Kepemimpinan parti akur dengan keputusan yang dibuat rakyat Melaka dengan memilih Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka. Kami terima dengan hati terbuka keputusan PRN Melaka.

“Bagaimanapun, kami akan kaji dan menilai semula sebarang kelemahan dan merangka strategi terbaik dalam usaha menarik sokongan rakyat terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke- 15 (PRU-15) kerana kita tahu hanya rakyat yang akan menentukan masa depan sesebuah parti,” katanya.

Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan di sini.

Beliau yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan menambah, KEADILAN pastinya akan bermuhasabah kerana sejarah parti itu menunjukkan ia pernah berada dalam situasi mempunyai hanya satu kerusi Parlimen di Dewan Rakyat sebelum ia kembali bangkit.


“PH masih lagi ada Selangor dan Pulau Pinang selain Negeri Sembilan. Selaku kerajaan negeri, kami akan terus berusaha melaksanakan amanah dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Aminuddin berterima kasih di atas peranan yang dijalankan oleh pihak bomba di negeri ini yang bersama-sama mengawal dan memutuskan rangkaian penularan Covid-19.

“Barisan pegawai dan anggota bomba Negeri Sembilan sentiasa bekerjasama dalam operasi sanitasi yang diadakan seluruh di negeri ini malah saya dimaklumkan secara keseluruhan sebanyak 1,752 operasi sanitasi dijalankan yang melibatkan bomba setakat ini,” kata beliau.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Anak Muda

Kongsikan Artikel InimoreSHAH ALAM, 2 Dis – Sebanyak 65 kes baharu Covid-19 dikesan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya selepas proses saringan diteruskan hari ini,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Agama

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 1 Dis – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Mahkamah Syariah negeri merekodkan 1,064 kes perceraian bagi pasangan...

Tempatan

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 1 Dis – Pengembara yang menyertai Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura sama ada menggunakan jalan darat atau udara...

Copyright © 2021 Media Rania