Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Jangan Sampai Dilihat Angkuh Beri Pandangan – Anwar

PETALING JAYA 10 MAC 2021 - Wawancara Eksklusif bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini, hari ini. GAMBAR-MOHD FARIZWAN HASBULLAH / PEMBERITA-FAUZIAH AROF/ROSHIHAN/AIDA/FAHMI (MINGGUAN MALAYSIA)
Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Anwar Ibrahim mengingatkan sekutunya agar tidak sampai dilihat angkuh dalam memberi pandangan.

Anwar berkata demikian sebagai merujuk gesaan berundur terhadapnya berikutan kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.

Sambil mengakui semua pandangan akan diambil kira, Anwar mengingatkan ahli sekutu PH bahawa pendapat sedemikian boleh mengundang reaksi negatif.

“Itu pandanganlah (desakan letak jawatan). Kita teliti juga tetapi kita beri peringatan jangan nampak pandangan itu dilihat agak angkuh sehingga menimbulkan reaksi tidak baik dalam kalangan lain,” katanya kepada media pada satu program di Bangi semalam.

Anwar menjawab Adun Bilut, Lee Chin Chen dari DAP dan beberapa orang lain yang menggesa dia berundur sebagai ketua pembangkang dan membantu generasi baru.

Anwar berkata dia akan bertanggungjawab ke atas prestasi PH dalam PRN Melaka baru-baru ini, sambil menambah bahawa kekalahan pembangkang mesti dianalisis dalam semua aspek.

“Kena lihat semua aspek kerana ia tak semudah itu. Kita jumpa di kampung macam mana pandangan orang lain, jumpa di bandar, masyarakat Cina, India, Orang Asli dan Melayu majoriti ada beberapa kegelisahan dia perlu dengar,” katanya dipetik The Star.

Keputusan untuk meletakkan bekas ketua menteri Idris Haron dan Nor Azman Hassan sebagai calon PH dibuat oleh PH Melaka, kata Anwar, yang juga pengerusi PH dan presiden KEADILAN.

“Mereka yakin ini adalah cara untuk mengembalikan mandat kepada Pakatan.

“Terdapat banyak kesempatan apabila pemimpin PH di negeri ini merayu supaya kami bersetuju dengan penyertaan empat mereka untuk mengembalikan mandat kepada PH.

“Mohamad Sabu (Presiden Amanah) tidak bersetuju… Tetapi selepas beberapa siri mesyuarat, kami dipujuk, jadi dari satu segi, saya tidak boleh lari daripada tanggungjawab itu,” katanya.

Sebuah jawatankuasa bebas akan menelitik keputusan PH.

“Kami mahu mendengar pandangan bebas mengenai keputusan kami,” tambahnya.

Pada PRN 20 Nov lalu, PH hanya berjaya memperoleh lima daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan. KEADILAN pimpinan Anwar kalah kesemua 11 kerusi yang ditandinginya.

BN pula memenangi 21 kerusi dan memperoleh majoriti dua pertiga. Bersatu hanya menang dua kerusi manakala rakan gabungan dalam PN iaitu PAS dan Gerakan gagal meraih sebarang kerusi.

Pemimpin KEADILAN membidas sekutunya kerana menuding jari pada diri Anwar apabila PH harus bertanggungjawab secara kolektif terhadap keputusan yang dibuat oleh pakatan pembangkang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreGEORGETOWN, 1 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu peningkatan bayaran perubatan di hospital swasta. Gesaan itu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Semua naik! Rata-rata peniaga dan pengguna masing-masing melahirkan rasa kecewa berikutan harga barangan terutamanya barang basah yang...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 1 Dis – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob seakan terkejut dan terpaksa mengakui harga barang keperluan terutamanya ayam dan ikan meningkat....

Copyright © 2021 Media Rania