Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

ASEAN-Rusia Adakan Latihan Tentera Laut Bulan Depan

Kongsikan Artikel Ini

JAKARTA, 24 Nov – Negara-negara ASEAN dan Rusia buat julung kali akan mengadakan latihan tentera laut bersama di perairan wilayah Indonesia pada 1 hingga 3 Dis, kata Wakil Tetap Rusia ke ASEAN, Alexander Ivanov.

Latihan yang bakal diadakan di perairan wilayah Sumatera Utara itu bertujuan menyelaras operasi saling kendali antara tentera laut Rusia dan negara anggota ASEAN bagi memastikan keselamatan aktiviti maritim perdagangan dan perkapalan.

“Kapal perang besar antikapal selam Admiral Panteleyev akan mewakili Rusia dalam latihan tersebut,” kata wakil tetap itu dipetik Agensi Berita Rusia, Tass.

Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto dijangka merasmikan latihan ketenteraan itu yang akan diadakan menerusi dua fasa iaitu dalam talian dan fasa lautan.

Latihan tersebut diluluskan pada sidang kemuncak keempat Rusia dan ASEAN pada 28 Okt menerusi persidangan video, sempena ulang tahun ke-30 hubungan kedua-dua pihak.

Sidang kemuncak itu turut menerima pakai beberapa dokumen bertujuan memperkasakan lagi perkongsian strategik.

– BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreSINGAPURA, 2 Dis – Dua penumpang yang tiba di Singapura dari Afrika Selatan dengan menaiki pesawat Singapore Airlines pada Rabu (1 Disember)...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreTHE HAGUE, 2 Dis – Lebih separuh penumpang dikuarantin di sebuah hotel di Belanda, selepas dikesan positif COVID-19 sejurus tiba dari Afrika...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreBUENOS AIRES, 1 Dis – Agensi Kawal Selia Kesihatan Brazil (ANVISA) pada Selasa mengumumkan dua rakyat Brazil disahkan positif varian Omicron COVID-19,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreSINGAPURA, 1 Dis – Bayaran perkhidmatan mengutip sampah bagi isi rumah di sini akan dinaikkan awal tahun depan, buat kali pertama sejak...

Copyright © 2021 Media Rania