Antarabangsa

Tangguh Perjalanan Ke Jerman, Denmark – Jabatan Negara AS

Kongsikan Artikel Ini

WASHINGTON, 23 Nov – Amerika Syarikat (AS) menggesa warganya tidak melakukan perjalanan ke Jerman dan Denmark berikutan lonjakan kes COVID-19 di Eropah.

Jabatan Negara mengeluarkan nasihat perjalanan Tahap 4 iaitu tahap tertinggi untuk kedua-dua negara, sekali gus menunjukkan tahap COVID-19 yang sangat tinggi di negara berkenaan.

Bakal pengembara juga diberi amaran terdapat sekatan yang menjejaskan kemasukan warga AS ke Denmark.

Kembalinya Eropah sebagai pusat wabak dikaitkan dengan program vaksinasi perlahan di beberapa negara selain penyebaran varian Delta yang mudah menular dan cuaca lebih sejuk.

Di Jerman, negara yang paling ramai penduduk di EU, merekodkan hanya 68 peratus penduduknya lengkap vaksin.

Negara itu menggesa semua individu dewasa yang diberi vaksin untuk mendapatkan suntikan dos penggalak untuk menangani keberkesanan vaksin yang semakin berkurangan selepas enam bulan.

Menteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn, dilaporkan memberi amaran bahawa majoriti rakyat Jerman perlu disuntik vaksin, dirawat hingga sembuh atau akan mati akibat COVID-19 dalam tempoh beberapa bulan ini.

Amaran itu disuarakan beliau selepas kempen inokulasi kurang mendapat sambutan.

“Kemungkinan menjelang penghujung musim sejuk ini, mungkin agak sinis kenyataan saya, hampir semua orang di Jerman akan diberi vaksin, disembuhkan atau mati,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSINGAPURA, 2 Dis – Dua penumpang yang tiba di Singapura dari Afrika Selatan dengan menaiki pesawat Singapore Airlines pada Rabu (1 Disember)...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniTHE HAGUE, 2 Dis – Lebih separuh penumpang dikuarantin di sebuah hotel di Belanda, selepas dikesan positif COVID-19 sejurus tiba dari Afrika...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBUENOS AIRES, 1 Dis – Agensi Kawal Selia Kesihatan Brazil (ANVISA) pada Selasa mengumumkan dua rakyat Brazil disahkan positif varian Omicron COVID-19,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSINGAPURA, 1 Dis – Bayaran perkhidmatan mengutip sampah bagi isi rumah di sini akan dinaikkan awal tahun depan, buat kali pertama sejak...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version