Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Tangguh Perjalanan Ke Jerman, Denmark – Jabatan Negara AS

Kongsikan Artikel Ini

WASHINGTON, 23 Nov – Amerika Syarikat (AS) menggesa warganya tidak melakukan perjalanan ke Jerman dan Denmark berikutan lonjakan kes COVID-19 di Eropah.

Jabatan Negara mengeluarkan nasihat perjalanan Tahap 4 iaitu tahap tertinggi untuk kedua-dua negara, sekali gus menunjukkan tahap COVID-19 yang sangat tinggi di negara berkenaan.

Bakal pengembara juga diberi amaran terdapat sekatan yang menjejaskan kemasukan warga AS ke Denmark.

Kembalinya Eropah sebagai pusat wabak dikaitkan dengan program vaksinasi perlahan di beberapa negara selain penyebaran varian Delta yang mudah menular dan cuaca lebih sejuk.

Di Jerman, negara yang paling ramai penduduk di EU, merekodkan hanya 68 peratus penduduknya lengkap vaksin.

Negara itu menggesa semua individu dewasa yang diberi vaksin untuk mendapatkan suntikan dos penggalak untuk menangani keberkesanan vaksin yang semakin berkurangan selepas enam bulan.

Menteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn, dilaporkan memberi amaran bahawa majoriti rakyat Jerman perlu disuntik vaksin, dirawat hingga sembuh atau akan mati akibat COVID-19 dalam tempoh beberapa bulan ini.

Amaran itu disuarakan beliau selepas kempen inokulasi kurang mendapat sambutan.

“Kemungkinan menjelang penghujung musim sejuk ini, mungkin agak sinis kenyataan saya, hampir semua orang di Jerman akan diberi vaksin, disembuhkan atau mati,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSINGAPURA, 3 Okt – Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini memaklumkan seramai 130 penduduk di republik ini menerima dos vaksin Covid-19 yang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLOS ANGELES, 29 Sep – Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat (AS), Coolio meninggal dunia pada usia 59 tahun, semalam. Menerusi laporan media...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniJEDDAH, 28 Sep – Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud semalam mengeluarkan Dekri Diraja bagi melantik Putera Mahkota Mohammed Salman...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 27 Sep – Debat umum sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun ini berakhir pada Isnin, selepas wakil dari...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER