Antarabangsa

Selat Taiwan Jadi Transit Kapal Perang Amerika Syarikat

Kongsikan Artikel Ini

TAIPEI, 23 Nov – Sebuah kapal perang Amerika Syarikat (AS) dikesan belayar melalui Selat Taiwan yang memisahkan antara Taiwan dan China hari ini, sekali gus menyaksikan laluan pertama sejak pemimpin dari dua kuasa besar ‘bertemu’ dalam sidang kemuncak maya.

Menurut maklumat daripada Armada Ketujuh AS, laluan melalui Selat Taiwan oleh kapal pemusnah peluru berpandu kelas Arleigh Burke USS Milius adalah transit rutin.

“Pelayaran itu adalah kebebasan laluan navigasi kali ke-11 diisytiharkan tahun ini, yang menunjukkan komitmen AS terhadap Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka,” katanya dalam satu kenyataan.

Transit terbaharu itu berlaku selepas Presiden AS, Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping saling bertukar amaran keras mengenai masa depan Taiwan pada sidang kemuncak maya awal bulan ini.

Media negara China melaporkan bahawa Jinping memberi amaran kepada Biden bahawa tindakan AS menyokong kemerdekaan Taiwan seolah-olah bermain dengan api.

Kapal perang AS melakukan latihan di selat itu secara berkala, sekali gus kerap mencetuskan tindak balas kemarahan dari Beijing, yang mendakwa Taiwan dan perairan sekitarnya sebagai wilayahnya sendiri.

AS dan beberapa negara lain melihat laluan itu sebagai perairan antarabangsa yang terbuka kepada semua.

Berlaku peningkatan pembabitan daripada sekutu AS yang melalui laluan itu ketika Beijing meningkatkan ancaman ketenteraannya terhadap Taiwan dan mengukuhkan kawalannya ke atas Laut China Selatan iaitu perairan yang mencetuskan pertikaian.

Kapal perang British, Kanada, Perancis dan Australia semuanya melalui Selat Taiwan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sekali gus mencetuskan bantahan dari China.

Felo penyelidik di Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam Singapura, Collin Koh, menyimpan pangkalan data yang menunjukkan jumlah transit AS melalui Selat Taiwan.

Katanya, sepanjang tahun ini sebanyak 11 laluan transit, termasuk lintasan USS Milius, 15 pada tahun lalu dan sembilan pada 2020. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSINGAPURA, 2 Dis – Dua penumpang yang tiba di Singapura dari Afrika Selatan dengan menaiki pesawat Singapore Airlines pada Rabu (1 Disember)...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniTHE HAGUE, 2 Dis – Lebih separuh penumpang dikuarantin di sebuah hotel di Belanda, selepas dikesan positif COVID-19 sejurus tiba dari Afrika...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBUENOS AIRES, 1 Dis – Agensi Kawal Selia Kesihatan Brazil (ANVISA) pada Selasa mengumumkan dua rakyat Brazil disahkan positif varian Omicron COVID-19,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSINGAPURA, 1 Dis – Bayaran perkhidmatan mengutip sampah bagi isi rumah di sini akan dinaikkan awal tahun depan, buat kali pertama sejak...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version