Ekonomi

Ramai Pencarum KWSP Mungkin Miskin Masa Tua Akibat..

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) gusar mengenai risiko majoriti pencarum berkemungkinan menjalani hari tua dalam kemiskinan kerana pengeluaran akibat COVID-19 memburukkan keadaan menyebabkan jumlah simpanan mereka tidak mencukupi.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, perkara ini bukan hanya memudaratkan kehidupan individu, tetapi landskap sosioekonomi negara dan fiskal kesihatannya juga mencabar.

Beliau berkata, pada masa ini 48 peratus pencarum KWSP di bawah 55 tahun mempunyai simpanan KWSP pada tahap kritikal.

Katanya, ini peningkatan 28 peratus ahli KWSP yang mempunyai simpanan amat kritikal berbanding sebelum pandemik.

“Dengan jangka hayat rakyat Malaysia mencapai usia 75 tahun dan ahli KWSP mula mengeluarkan simpanan persaraan mereka pada usia 55 tahun, simpanan yang ada perlu mencukupi untuk sekurang-kurangnya 20 tahun.

“Dalam perkara ini, dengan simpanan median kesemua ahli KWSP di bawah 55 tahun berjumlah RM13,000, bermaksud RM54 sebulan untuk tempoh persaraan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan di Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 yang berlangsung secara maya dan fizikal hari ini.

Ahmad Badri berkata, simpanan median ahli KWSP pada usia 54 tahun pada RM38,000 pula bermaksud RM159 sebulan untuk tempoh 20 tahun akan datang.

Katanya, dalam usaha ahli untuk mendapatkan semula jumlah kehilangan daripada pengeluaran berkaitan COVID-19, mereka perlu bekerja untuk tempoh tambahan empat ke enam tahun.

Sehingga 31 Oktober lalu, sejumlah RM101.1 bilion dikeluarkan di bawah skim i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Ia adalah 22 peratus daripada program rangsangan kerajaan berjumlah RM530 bilion bagi membantu rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 2 Dis – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mendesak kerajaan Sabah mendedahkan butiran penuh perjanjian karbon kontroversi yang telah...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniBAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN DAN KETELUSAN DALAM TADBIR URUS SERTA KESAMARATAAN DALAM AGIHAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI DI SARIBAS...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version