Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Tanpa MoU Sekalipun, Warisan Tetap Ditolak Rakyat Sabah Pada PRU, PRK dan PRN Lalu – AMK Sabah

Kongsikan Artikel Ini

TUARAN, 22 NOV. – Angkatan Muda Keadilan (AMK) membidas Naib Presiden Warisan, Junz Wong yang mendakwa kekalahan Pakatan Harapan di Melaka adalah kerana rakyat tidak bersetuju Perjanjian Persefahaman (MoU) antara pihak kerajaan dan Pakatan Harapan.

Menurut Ketua Penerangan AMK Sabah, Razeef Rakimin, melalui dapatan umum jelas menunjukkan rakyat menyokong MoU yang ditanda tangani bagi memastikan kestabilan politik dalam usaha negara keluar dari pandemik Covid-19 dan krisis ekonomi.

Malah rakyat sedia maklum bahawa MoU yang ditanda tangani tidak mengikat Pakatan Harapan untuk bertindak sebagai semak dan imbang serta terus menegur dan mengkritik kerajaan jika berlaku ketirisan.

Menurut Razeef juga beliau yakin Junz tahu bahawa beberapa Ahli Parlimen Warisan juga telah menanda tangani MoU berkenaan namun terpaksa akur dengan arahan Shafie untuk Warisan tidak bersama Pakatan Harapan menanda tangani MoU berkenaan sehingga Ahli Parlimen Silam mengambil keputusan meninggalkan Warisan.

“Adakah Junz maksudkan rakyat terlalu bodoh untuk menilai baik buruk MoU yang ditanda tangani?” Soal Razeef.

Razeef mengingatkan Junz tanpa MoU sekalipun, Warisan tetap ditolak rakyat pada Pilihanraya Negeri Sabah tahun lalu yang menyaksikan kemenangan kerajaan GRS.

“Saya juga tertarik bila beliau mengatakan bahawa Warisan telah menasihati Pakatan Harapan untuk menukar pucuk pimpinan. Namun mengapa Warisan tidak menukar pucuk pimpinan setelah tewas pada Pilihanraya Umum ke-14, Pilihanraya Kecil Kimanis dan Pilihanraya Negeri Sabah?”

Umum mengetahui Warisan telah tewas pada PRU ke-14 lalu dan hanya membentuk kerajaan setelah UPKO meninggalkan BN dan menyokong PH/Warisan.

Begitu juga bila Warisan tewas pada Pilihanraya Kecil Kimanis dan terbaru kerajaan Warisan ditumbangkan oleh rakyat Sabah pada Pilihanraya Negeri Sabah tahun lalu.

“Ini jelas membuktikan majoriti rakyat Sabah tidak pernah memilih Warisan dan sepatutnya kekalahan di ketiga-tiga gelanggang PRU, PRK dan PRN sudah membolehkan Warisan untuk menukar pucuk pimpinan parti sendiri namun sering sibuk meminta Pakatan Harapan menukar pucuk pimpinan bagi menutup kelemahan sendiri.”

“Saya nasihatkan Junz bermuhasabah diri mencari kelemahan Warisan yang gagal walaupun telah menjual tema ‘Unity’ untuk cuba menjadi seperti Keadilan yang dikenali sebagai parti berbilang kaum.”

Menurut Razeef lagi beliau yakin jika cadangan ‘tukar pimpinan’ yang dinyatakan Junz diterjemahkan di peringkat Warisan, parti Warisan mampu pergi lebih jauh.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania