Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Real Madrid Selesa Lepas Belasah Granada

Kongsikan Artikel Ini

MADRID, 22 Nov – Vinicius Junior menjaringkan gol ke-10 musim ini ketika Real Madrid membelasah Granada 4-1 awal pagi tadi dan kembali ke persada La Liga.

Marco Asensio dan Nacho Fernandez meletakkan Madrid dua gol di depan dalam tempoh 30 minit di Los Carmenes manakala Granada mengurangkan jurang apabila Luis Suarez mendapatkan satu gol.

Vinicius menyudahkan hantaran lintang selepas itu sebelum pemain Granada, Monchu dibuang padang berbaki 23 minit kerana melakukan kekasaran.

Bersama seorang pemain tambahan, Ferland Mendy melengkapkan kemenangan menerusi gol keempat yang memberikan Madrid kedudukan di atas Real Sociedad.

Carlo Ancelotti kini boleh mengalihkan perhatian kepada saingan Liga Juara-Juara di Sheriff Tiraspol awal pagi Khamis ini ketika mereka masih belum layak ke kelompok 16 terakhir.

Inter Milan dua mata lagi di belakang dalam Kumpulan D manakala Sheriff satu mata di belakang Milan.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLIVERPOOL, 2 Dis – Bos Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan skuad kendaliannya telah mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan kemenangan 4-1 ke atas Everton...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLIVERPOOL, 2 Dis – Mohamed Salah meledak dua gol ketika Liverpool membelasah pasukan bekas pengendalinya, Rafael Benitez menyebabkan pengurus Everton itu semakin...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLONDON, 1 Dis – Cristiano Ronaldo secara terbuka menyokong dakwaan daripada halaman peminat bahawa Lionel Messi merampas kemenangan Ballon d’Or daripada dirinya...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLONDON, 1 Dis – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui dia terkejut Mohamed Salah sekadar di ranking ketujuh aungerah Ballon d’Or. Lionel Messi...

Copyright © 2021 Media Rania