Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Pakatan Harapan Kecewa Keputusan Peguam Negara

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa terkejut dan kecewa susulan keputusan Peguam Negara yang membatalkan rayuan terhadap keputusan membebaskan Ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor dari dakwaan kes rasuah melibatkan penerimaan RM2 juta dari seorang ahli perniagaan pada 2016.

Dalam satu kenyataan, majlis itu berkata, pihaknya akan meneliti kemungkinan tindakan tersebut melanggar perjanjian memorandum persefahaman di antara PH dan kerajaan, khususnya perkara 4, berhubung kebebasan institusi kehakiman.

Tambahnya, pembatalan rayuan itu akan mewujudkan persepsi yang sangat buruk dan menghakis kepercayaan umum terhadap institusi Peguam Negara.

Berikut merupakan kenyataan media yang dikeluarkan.

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

21 November 2021

KEDUDUKAN PEGUAM NEGARA DIPERTIKAIKAN DAN KEWIBAWAANNYA TERCALAR EKORAN KEPUTUSAN MEMBATAL RAYUAN PEMBEBASAN KU NAN

Majlis Presiden Pakatan Harapan amat terkejut dan kecewa dengan keputusan Peguam Negara yang membatalkan rayuan terhadap keputusan membebaskan Tengku Adnan Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya, dari dakwaan kes rasuah melibatkan penerimaan RM2 juta dari seorang ahli perniagaan pada 2016.

Tindakan membatalkan rayuan ini mewujudkan persepsi yang sangat buruk dan menghakis kepercayaan umum terhadap institusi Peguam Negara malah mencemarkan kredibilitinya dan kebebasannya untuk menjalankan tugas rasminya secara profesional.

Majlis Presiden juga akan meneliti kemungkinan tindakan Peguam Negara ini melanggar Perjanjian Memorandum Persefahaman di antara Pakatan Harapan dan Kerajaan, khususnya Perkara 4 berhubung Kebebasan Institusi Kehakiman.

Oleh itu, Majlis Presiden berpandangan keputusan Peguam Negara berhubung isu Tengku Adnan ini adalah salah dan mengecewakan. Kami menyedari bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa untuk memutuskan samada menarik balik rayuan tersebut atau tidak. Namun, di dalam kes ini yang melibatkan pertuduhan kewujudan unsur-unsur rasuah terhadap seorang Ahli Parlimen dan seorang bekas Menteri Persekutuan, rakyat menuntut agar rayuan kes tersebut didengar dan dihakimi sehinggalah segala process perundangan yang dibenarkan telah dilalui sepenuhnya (exhausted).

Majlis Presiden akan terus meneliti tindakan-tindakan seperti ini dan mempertimbang langkah-langkah yang akan diambil sehingga kedudukannya dipertikaikan dan kewibawaannya tercalar. Sekiranya Peguam Negara tidak dapat menjustifkasikan keputusannya maka beliau harus letak jawatan.

DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

DSP Madius Tangau
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)

-tamat-

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mendesak kerajaan Sabah mendedahkan butiran penuh perjanjian karbon kontroversi yang telah...

Jenayah

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan bahawa golongan berusia 18...

Jenayah

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 2 Dis – Rosmah Mansor diperintahkan untuk hadir ke Mahkamah Rayuan pada Isnin ini bagi mengikuti prosiding rayuannya untuk menggugurkan Gopal...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Copyright © 2021 Media Rania