Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Menyantuni Rakyat Di DUN N.69 Kemena Dan Berubah Ke Arah Kemajuan Bersama KEADILAN

Kongsikan Artikel Ini

KENYATAAN MEDIA

Kenyataan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom pada 14 November 2021 untuk mempertahankan kerusi DUN N.69 Kemena pada PRN 12 yang akan datang dengan alasan bahawa beliau mempunyai banyak tugas yang tertangguh untuk memajukan kawasan DUN berkenaan adalah suatu usaha untuk menagih simpati dan memancing undi.

Beliau adalah Menteri Utiliti Sarawak yang bertanggungjawab ke atas pembangunan utiliti luar bandar seharusnya memastikan keperluan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air terawat dibekalkan ke kawasan luar bandar terutama sekali kawasan DUN Kemena dimana kemudahan-kemudahan berkenaan masih berkurangan jika dibandingkan kawasan-kawasan lain walaupun beliau telah mewakili DUN Kemena selama empat penggal berturut-turut. Ini jelas menunjukkan kegagalan beliau untuk membawa perubahan kepada kawasan Kemena.


Penduduk Kemena telah dijanjikan dengan pelbagai rancangan kemajuan yang menelan belanja berjuta -juta. Namun perancangan itu hanya perancangan atas kertas sahaja dan bukan di lapangan. Justeru, di kawasan Kemena terdapat banyak tiang letrik tanpa wayar dan liputan internet yang tidak memuaskan.

Rumah -rumah panjang hanya dibekalkan tong-tong biru untuk menadah air hujan walhal setelah lima puluh lapan tahun merdeka, mereka sepatutnya menikmati bekalan air terawat. Kebanyakkan rumah panjang di kawasan DUN Kemena tidak terhubung dengan jalan raya, yang ada hanya jalan ladang dan tidak selamat untuk kereta- kereta kecil kecuali kereta pacuan empat roda.

Ini jelas membuktikan kegagalan wakil rakyat GPS DUN N.69 Kemena untuk menaik taraf kehidupan penduduk-penduduk di kawasan DUN N.69 Kemena.

Kebelakangan ini, kerajaan GPS mula menghantar panel-panel solar ke rumah panjang namun belum digunapakai sepenuhnya kerana kerja-kerja pemasangan belum dilakukan. Perkara yang sering dilihat seakan sudah biasa menjelang pilihanraya hanyalah paip-paip yang terlantar ditepi jalan, tiang-tiang elektrik tanpa wayar dan tong-tong biru yang dihantar ke kampung-kampung khususnya di kawasan pedalaman.

Perkara tersebut adalah satu pembaziran dan perbuatan sia-sia yang tidak menyenangkan malah tidak menyumbang apa-apa dalam menaik taraf kelangsungan hidup rakyat.

Kerajaan GPS juga telah gagal membangunkan ekonomi tempatan. Pelan pembangunan ekonomi yang mantap dan penjanaan peluang pekerjaan untuk anak muda adalah antara isu yang paling kritikal demi memulihkan ekonomi negeri Sarawak. Jika diberikan mandat rakyat untuk memerintah, KEADILAN berhasrat untuk menjadikan kawasan Kemena dan Bintulu Hub pertanian dan memastikan sistem pertanian lestari dimajukan di negeri Sarawak untuk menampung keperluan rakyat dan juga mengeksport hasil pertanian ke luar negara termasuk Singapura, Timur Tengah dan Eropah.

Hasil pertanian termasuk lada hitam, sayur dan buah-buahan terutamanya cempedak yang menjadi sumber makanan ‘vegan’ yang baru di Eropah dan Amerika Syarikat.

KEADILAN juga bertekad untuk membangunkan ekonomi nelayan iaitu dalam pemprosesan hasil laut contohnya belacan dan cencaluk Bintulu yang terkenal di seluruh dunia serta ikan dan udang kering. Hasil laut Bintulu berkualiti tinggi dan pasti mendapatkan pasaran yang baik di peringkat antarabangsa.


KEADILAN juga bertekad untuk menjadikan Bintulu satu destinasi pelancongan yang menarik melalui pembangunan ‘homestay’ yang melibatkan masyarakat kampung dan rumah panjang, tempat berkelah yang mampu menjadikan Bintulu tarikan istimewa kepada seluruh masyarakat Malaysia dan juga antarabangsa. Aktiviti pertanian dan nelayan turut pasti dapat dibangunkan sebagai tarikan ‘ecotourism’ di Bintulu.

Selain itu, KEADILAN juga memberi komitmen untuk membangunkan Bintulu sebagai sebuah hub digital yang akan fokus pada urus tadbir (‘e-government’) dan ekonomi (‘e-commerce’).

Isu hak milik tanah adat (Seksyen 18) NCR amatlah mengecewakan kerana sehingga hari ini tidak ada pembelaan dari pihak yang bertanggungjawab untuk mengembalikan hak tanah rakyat yang telah dicerobohi.

Tanaman sawit, lada dan pelbagai jenis tumbuhan yang ditanam di tebang tanpa kebenaran dan persetujuan penduduk di kawasan itu. Perkara sedemikian membangkitkan kemarahan rakyat dan secara tidak langsung menindas hak rakyat di DUN N69 Kemena.

Perkhidmatan awam seperti klinik kesihatan, balai bomba, balai polis dan sekolah-sekolah masih keadaan daif dan tidak dinaik taraf sehingga ke hari ini. Keadaan klinik kesihatan di daerah Sebauh yang terletak di DUN Kemena amat merungsingkan dan perlu dinaik taraf untuk menampung keperluan penduduk-penduduk sekiranya berlaku kecemasan yang boleh meragut nyawa dan memerlukan rawatan segera.

Ini kerana perjalanan ke hospital terdekat yang terletak di bandar Bintulu mengambil masa yang lama. Pendidikan anak- anak pula yang masih bersekolah juga harus diutamakan untuk membentuk modal insan yang berkualiti demi menjamin kestabilan hidup penduduk-penduduk di DUN N69 Kemena pada masa akan datang.

Secara keseluruhannya, keperluan-keperluan asas penduduk di DUN N69 Kemena seharusnya sudah disediakan dan disiapkan sejak dahulu lagi. Sebagai anak jati Kemena yang berasal dari Sebauh, saya amat mengambil berat tentang keperluan kelangsungan hidup penduduk-penduduk di Kemena kerana saya sendiri telah menyaksikan keadaan yang berlarutan sekian lama tanpa penghujung sekiranya tiada pembelaan yang sewajarnya dilakukan.

Semua janji-janji yang diisytiharkan lima tahun yang lepas seharusnya telah dilaksanakan namun pihak tersebut hanya mensia-siakan mandat yang telah diberikan untuk membela nasib rakyat. Lantaran itu, kita memerlukan wakil yang berjiwa rakyat untuk maju ke depan dan mengubah nasib rakyat di DUN N69 Kemena. Majulah kita bersama Keadilan dan jangan takut untuk berubah.

Sekian Terima Kasih

JAME STEPHEN
PENGARAH KOMUNIKASI MPN SARAWAK

– Tamat –

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 2 Dis – Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, hari ini, meluluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2021 bagi...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreBAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN DAN KETELUSAN DALAM TADBIR URUS SERTA KESAMARATAAN DALAM AGIHAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI DI SARIBAS...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreMUKAH, 1 Dis – Masihkah mahu menafikan? Sehingga waktu ini, liputan internet bagi kawasan perkampungan Tellian dan kawasan luar bandar sekitar Mukah...

Copyright © 2021 Media Rania