Negeri

Norlela Dedahkan Punca Rakyat Tolak Dos Penggalak

(File pix) - Dr Norlela Arrifin -
Kongsikan Artikel Ini

BUKIT MERTAJAM, 21 Nov – Rakyat Pulau Pinang menolak suntikan dos penggalak Covid-19 berikutan kesukaran untuk ke fasiliti kesihatan selain tidak mahu mendapatkan jenama vaksin lain daripada diterima mereka sebelum ini.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Norlela Ariffin.

Norlela berkata, berdasarkan maklumat diterima pihaknya melalui pusat pemberian dos penggalak membabitkan klinik dan hospital swasta di negeri itu memaklumkan bahawa kebanyakan yang diminta hadir untuk janji temu tidak menjawab panggilan telefon.

Selain itu, katanya, ada juga antara penerima memberi pelbagai alasan bahawa mereka sukar untuk hadir kerana kesukaran untuk parkir kenderaan di hospital, terpaksa berjalan jauh dan enggan menerima jenama vaksin lain yang diterima mereka sebelum ini.

“Isu-isu ini antara sebab yang meletakkan Pulau Pinang antara lima negeri terendah mendapatkan suntikan dos penggalak.

“Terutamanya warga emas pula ada yang mengatakan mereka tidak kemana-mana jadi buat apa mereka untuk mengambil dos penggalak yang perkara ini menjadi satu cabaran untuk kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai prestasi pemberian dos penggalak selepas Majlis Penyerahan Cek Tabung Bantuan Pelajar Covid-19 di Bukit Tengah, di sini, hari ini.

Seramai 111 pelajar yang kematian ibu atau bapa akibat Covid-19 menerima sumbangan berjumlah RM1,000 seorang dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM111,000.

Dana itu dikumpulkan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Lions Club of Bayan Baru yang diterajui Presidennya, Leena Lee Soch Khim.

Mengulas lanjut, Norlela berkata, kerajaan negeri kini berusaha untuk meningkatkan kesedaran berhubung pemberian dos penggalak di negeri itu termasuk mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dos penggalak dalam usaha memberi kemudahan kepada rakyat mendapatkan pelalian berkenaan.

“Sehingga kini, kita mempunyai 74 klinik swasta dan lapan hospital swasta terbabit bagi pemberian vaksin dos penggalak ini.

“Untuk bahagian pulau, ada tambahan PPV dos penggalak di Sunshine Square yang boleh memberi pelalian dengan kapasiti 1,500 dos sehari,” katanya.

Katanya, pemberian dos penggalak amat perlu bagi memberi perlindungan tambahan berikutan penularan varian delta yang membimbangkan.

“Varian delta memang cepat merebak dan disebabkan ada vaksin maka tahap jangkitannya rendah dan terkawal. Oleh sebab itu, kita menyeru untuk ambil dos penggalak,”‘katanya.

Dalam perkembangan lain, Norlela berkata, beliau berharap lebih banyak pihak tampil menyalurkan bantuan bagi membantu pelajar yang kematian ibu atau bapa akibat Covid-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUCHING, 2 Dis – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak memerlukan sedikit masa lagi bagi menentukan calon dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Dis – Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, hari ini, meluluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2021 bagi...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniBAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN DAN KETELUSAN DALAM TADBIR URUS SERTA KESAMARATAAN DALAM AGIHAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI DI SARIBAS...

Negeri

Kongsikan Artikel IniMUKAH, 1 Dis – Masihkah mahu menafikan? Sehingga waktu ini, liputan internet bagi kawasan perkampungan Tellian dan kawasan luar bandar sekitar Mukah...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version