Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Manchester United Akhirnya Pecat Solskjaer

Kongsikan Artikel Ini

MANCHESTER, 21 Nov – Manchester United akhirnya memecat Ole Gunnar Solskjaer selepas tiga tahun menjawat tugas pengurus Old Trafford.

Ia berikutan pasukan di bawah pengendaliannya hanya meraih satu kemenangan daripada tujuh perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris.

Manchester United dalam satu kenyataan mengumumkan Solskjaer sudah meninggalkan peranannya sebagai pengurus.

“Ole akan sentiasa menjadi lagenda di Manchester United dan dengan rasa kesal kami mencapai keputusan yang sukar ini.

“Meskipun beberapa minggu kebelakangan ini kelab meraih keputusan mengecewakan, kita tidak seharusnya melupakan jasanya sepanjang tiga tahun lalu membina semula pasukan ini untuk kejayaan jangka masa panjang,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Kekalahan 1-4 di tangan kelab sedang bergelut, Watford merupakan kemuncak kepada keputusan dilakukan ahli lembaga pengarah United.

Pengendali dari Norway itu meninggalkan United ketika kelab itu hampir pasti gagal untuk bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana apabila ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu liga, Chelsea.

– Agensi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLIVERPOOL, 2 Dis – Bos Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan skuad kendaliannya telah mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan kemenangan 4-1 ke atas Everton...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLIVERPOOL, 2 Dis – Mohamed Salah meledak dua gol ketika Liverpool membelasah pasukan bekas pengendalinya, Rafael Benitez menyebabkan pengurus Everton itu semakin...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLONDON, 1 Dis – Cristiano Ronaldo secara terbuka menyokong dakwaan daripada halaman peminat bahawa Lionel Messi merampas kemenangan Ballon d’Or daripada dirinya...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLONDON, 1 Dis – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui dia terkejut Mohamed Salah sekadar di ranking ketujuh aungerah Ballon d’Or. Lionel Messi...

Copyright © 2021 Media Rania