Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Liverpool Mudah Atasi Arsenal 4-0

Kongsikan Artikel Ini

LIVERPOOL, 21 Nov – Liverpool melebarkan rekod kemenangan ke atas Arsenal di laman sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris (PL) selepas mengatasi The Gunners 4-0 dalam perlawanan di Anfield.

Sadio Mane membuka kempen gol The Reds apabila menterjemahkan sepakan percuma Trent Alexander-Arnold menerusi tandukan yang menewaskan penjaga gol pelawat, Aaron Ramsdale pada minit ke-39 untuk mendahului babak pertama.

Ramsdale yang tampil cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya anak buah Jurgen Klopp selepas itu akhirnya sekali lagi dikecewakan kebijaksanaan Diogo Jota yang memanfaatkan kealpaan Nuno Tavares untuk gol minit ke-52.

Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah melebarkan lagi jurang gol apabila menyudahkan voli menarik daripada Mane pada minit ke-73, sebelum pemain gantian Takumi Minamino menterjemahkan hantaran

Alexander-Arnold dalam bentuk gol pada minit ke-77 untuk kemenangan besar tuan rumah.

Kemenangan itu menyaksikan Liverpool mengumpul 25 mata empat mata di belakang pendahulu Chelsea manakala Arsenal kelima selepas masing-masing mengharungi 12 perlawanan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLIVERPOOL, 2 Dis – Bos Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan skuad kendaliannya telah mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan kemenangan 4-1 ke atas Everton...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLIVERPOOL, 2 Dis – Mohamed Salah meledak dua gol ketika Liverpool membelasah pasukan bekas pengendalinya, Rafael Benitez menyebabkan pengurus Everton itu semakin...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLONDON, 1 Dis – Cristiano Ronaldo secara terbuka menyokong dakwaan daripada halaman peminat bahawa Lionel Messi merampas kemenangan Ballon d’Or daripada dirinya...

Sukan

Kongsikan Artikel InimoreLONDON, 1 Dis – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui dia terkejut Mohamed Salah sekadar di ranking ketujuh aungerah Ballon d’Or. Lionel Messi...

Copyright © 2021 Media Rania