Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Langgar SOP – Zahid, Rauf Kena Kompaun RM10 Ribu

Kongsikan Artikel Ini

PUTRAJAYA, 21 Nov – Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Ab. Rauf Yusoh masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 susulan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 19 November lalu.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, ia berikutan video tular di media sosial melibatkan kedua-dua individu tersebut dan siasatan dijalankan mendapati, berlaku pelanggaran SOP semasa tempoh PRN Melaka di kawasan Masjid Tanah pada hari tersebut.

“Justeru, satu kompaun di bawah Peraturan 16 P.U(A) 293/2021, Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Pelan Pemulihan Negara) 2021 bernilai RM10,000 bagi setiap individu dikeluarkan.

“Kompaun dikeluarkan berikutan pelanggaran SOP Pencegahan Covid-19 Bagi Pelaksanaan PRN Melaka Ke-15 iaitu menjalankan aktiviti kempen ziarah rumah ke rumah serta tidak memakai pelitup muka,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Dalam pada itu, kenyataan KKM menegaskan, SOP tersebut dikeluarkan lebih awal pada 7 November sebagai rujukan agar semua pihak dapat memahami serta mematuhi SOP yang ditetapkan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Jenayah

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan bahawa golongan berusia 18...

Jenayah

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 2 Dis – Rosmah Mansor diperintahkan untuk hadir ke Mahkamah Rayuan pada Isnin ini bagi mengikuti prosiding rayuannya untuk menggugurkan Gopal...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Jenayah

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Seorang individu yang dipercayai penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) tular di media sosial selepas kekalahan skuad Harimau...

Copyright © 2021 Media Rania