Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Jika Pemimpin PH Belajar Dari PRN Melaka, PRU-15 Lebih Baik – Rafizi

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) harus mengambil iktibar daripada kekalahan gabungan itu dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka baru-baru ini, kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.

Dalam perkongsian Twitter, Rafizi menggesa penyokong KEADILAN dan PH yang masih mengharapkan pentadbiran yang cekap dan amanah tidak berasa terlalu kecewa dengan kekalahan gabungan itu.

“Jangan terlalu sedih dan putus harapan, ada pengajaran baik di sebalik keputusan PRN Melaka.

“Kalau pimpinan KEADILAN dan PH belajar daripada keputusan ini, tolak ego, insya-Allah PRU15 lebih baik,” katanya.

Rafizi sebelum ini memberi amaran kepada PH supaya tidak menerima “katak politik” yang berpaling tadah daripada Umno dan Bersatu untuk bertanding PRN Melaka.

Rafizi, yang sedang bercuti daripada tugasnya sebagai naib presiden PKR, turut menolak cadangan supaya dia kembali aktif dalam parti.

“Susah nak betulkan sebab pimpinan yang ada takkan terima pandangan saya.

“Sebab itu lebih baik melahirkan pendapat di luar.

“Berharap saya berusaha sampai mati untuk mereka menang dan dapat jawatan sedangkan mereka tidak berniat menerima pandangan saya; itu tidak adil kepada saya,” kata bekas ahli parlimen Pandan itu, sebagai respons ciapan pengguna Twitter lain.

BN menang besar di Melaka selepas memenangi 21 kerusi dan membentuk kerajaan baru dengan dua pertiga majoriti.

PKR kalah di semua kerusi yang ditandingi, sementara Amanah hanya menang satu kerusi. Manakala DAP hanya menang empat kerusi berbanding lapan yang disandang sebelum ini.

PN pula hanya menang di dua kerusi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreGEORGETOWN, 1 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu peningkatan bayaran perubatan di hospital swasta. Gesaan itu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Semua naik! Rata-rata peniaga dan pengguna masing-masing melahirkan rasa kecewa berikutan harga barangan terutamanya barang basah yang...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 1 Dis – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob seakan terkejut dan terpaksa mengakui harga barang keperluan terutamanya ayam dan ikan meningkat....

Copyright © 2021 Media Rania