Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Anggapan Umno Buat PRU Awal Boleh ‘Bawa Maut’ – Kit Siang

Book launch of Harold's book entitled ''May 9th 2018: The Day Malaysians Finally Opened Their Eyes And Saved The Nation', launched by Lim Kit Siang.-Art Chen/ The Star. 28 Jan 2019.Rep: ERLE MARTIN
Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Para pemimpin Umno mungkin akan mendesak pilihan raya umum ke-15 (PRU15) disegerakan tahun depan susulan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka semalam, menurut veteran DAP Lim Kit Siang.

Bagaimanapun, beliau berkata, rancangan sedemikian boleh “membawa maut”, sambil menyatakan bahawa keadaan di peringkat kebangsaan mungkin jauh berbeza daripada senario di Melaka.

Dalam kenyataan, Lim berkata, BN memenangi kerusi di Melaka dengan majoriti tipis, di mana 12 kerusi mempunyai majoriti kurang 1,000 undi.

Daripada jumlah itu, tujuh menentang Pakatan Harapan (PH) dan lima menentang Perikatan Nasional (PN).

Oleh itu, kemenangan BN di Melaka hanyalah “nasib”, bukan kesimpulan yang pasti, tambahnya.

Lim berkata, isu membabitkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, berkaitan tanah bernilai RM100 juta tidak memberi kesan kepada keputusan PRN kerana ia timbul pada penghujung kempen.

Beliau juga berkata, peratusan keluar mengundi rendah, iaitu 65.85% berbanding 66.61% pada PRN Sabah September lepas.

Tambahnya, 10% hingga 15% lagi rakyat Melaka akan keluar mengundi jika tempoh berkempen dilanjutkan seminggu.

Kata Lim, matlamat utama bagi pilihan raya diadakan awal adalah supaya Umno dan BN memperoleh majoriti dua pertiga bagi membolehkan mereka mentadbir negara sendiri.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreGEORGETOWN, 1 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu peningkatan bayaran perubatan di hospital swasta. Gesaan itu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Semua naik! Rata-rata peniaga dan pengguna masing-masing melahirkan rasa kecewa berikutan harga barangan terutamanya barang basah yang...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 1 Dis – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob seakan terkejut dan terpaksa mengakui harga barang keperluan terutamanya ayam dan ikan meningkat....

Copyright © 2021 Media Rania