Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

PRN Melaka – SPR Kena Jelaskan Arahan Berkenaan Borang Kiraan Undi (Borang 14) – Manivanan

Kongsikan Artikel Ini

AYER MOLEK, 20 Nov – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan arahannya mengenai Borang 14 yang disifatkan “penting”, di semua pusat undi pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Borang 14 ialah borang yang menunjukkan jumlah undian dikira yang diterima setiap calon.

Pada sidang media, Ketua Hal Ehwal Undang-undang Pilihan Raya KEADILAN, G Manivannan berkata, arahan itu tidak menyatakan bahawa tandatangan ketua tempat mengundi diperlukan pada Borang 14 seperti diperuntukkan oleh Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 1981.

“Mengikut undang-undang, ejen mengira undi bagi setiap parti berhak mempunyai satu salinan rasmi Borang 14.

“Borang itu mesti ditandatangani oleh ejen mengira undi dan ketua tempat mengundi, tetapi kami dapati arahan SPR bagi PRN kali ini tidak menyebut keperluan untuk tandatangan ketua tempat mengundi.

“Arahan tersebut malah menyebut ketua tempat mengundi tidak perlu mengesahkan borang itu dengan cop getah,” katanya.

Tambahnya, tandatangan ketua tempat mengundi penting jika timbul pertikaian mengenai keputusan PRN kerana Borang 14 akan menjadi bahan bukti utama.

Beliau kemudian meminta SPR mengesahkan bahawa ketua tempat mengundi masih perlu menandatangani Borang 14, dengan satu salinan rasmi diberikan kepada ejen mengira undi.

“Pada masa lalu, ada kejadian Borang 14 tidak ditandatangani dan ini menyulitkan keadaan apabila timbul pertikaian,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Agama

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 1 Dis – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Mahkamah Syariah negeri merekodkan 1,064 kes perceraian bagi pasangan...

Tempatan

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 1 Dis – Pengembara yang menyertai Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura sama ada menggunakan jalan darat atau udara...

Politik

Kongsikan Artikel InimorePORT DICKSON, 29 Nov – Sebagai menghargai sumbangan dan jasa para petugas jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Pejabat Pertubuhan Veteran Negara...

Copyright © 2021 Media Rania