Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

PRN Melaka – Hanya 57 Peratus Keluar Mengundi Setakat Jam 3 Petang

Kongsikan Artikel Ini

MELAKA, 20 Nov – Sebanyak 57 peratus pengundi telah keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sehingga jam 3 petang Sabtu.

Perkara tersebut disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Peratus keseluruhan keluar mengundi biasa bagi PRN Melaka Ke-15 pada jam 3 petang adalah sebanyak 57 peratus,” kata SPR menerusi kenyataannya sebentar tadi.

Pada Jumaat, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmakrudin Ishak berkata, seramai 476,037 orang pengundi mengundi dalam PRN Melaka.

Menurut beliau, sebanyak 217 pusat mengundi dan 1,109 saluran akan dibuka untuk tujuan pengundian dengan seramai 12,290 orang petugas akan bertugas bagi proses pengundian.

Pada 18 Oktober, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, SPR mensasarkan kira-kira 70 peratus daripada pengundi yang layak akan keluar mengundi.

Katanya, sasaran itu agak rendah berbanding jumlah biasa pada pelaksanaan pilihan raya sebelum ini dengan mengambil kira penularan pandemik Covid-19 yang belum berakhir.

Pengundi yang masih belum keluar mengundi dinasihatkan segera berbuat demikian kerana cuaca diramalkan akan berlaku hujan di beberapa kawasan di negeri ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Anak Muda

Kongsikan Artikel InimoreSHAH ALAM, 2 Dis – Sebanyak 65 kes baharu Covid-19 dikesan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya selepas proses saringan diteruskan hari ini,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreGEORGETOWN, 1 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu peningkatan bayaran perubatan di hospital swasta. Gesaan itu...

Copyright © 2021 Media Rania