Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

PRN Melaka – Adly Harap Pengundi Melaka Tunai Tanggungjawab

Kongsikan Artikel Ini

ALOR GAJAH, 20 Nov – Calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Adly Zahari selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal di sini, jam 8.25 pagi tadi.

Calon Ketua Menteri Melaka PH itu bersama isteri, Dalilah Awaludin, tiba di pusat pengundian pada jam 8.06 pagi dan menjadi antara pengundi terawal di sekolah itu yang terletak dalam DUN Durian Tunggal.

Ketika ditemui, Adly berharap semua rakyat Melaka keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini sebelum semua 217 pusat mengundi di seluruh negeri itu ditutup pada jam 5.30 petang hari ini.

“Alhamdulillah pagi ini cuaca baik. Saya berharap rakyat boleh jalankan tanggungjawab mereka hari ini.

“Proses pengundian juga berjalan dengan baik dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Tempoh pengundian juga berjalan pantas,” katanya.

DUN Bukit Katil yang memiliki 25,410 pengundi menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Muhammad Al Afiz Yahya daripada Perikatan Nasional (PN), Adly serta Datuk Hasnoor Sdg Husin (Barisan Nasional) dan Abdul Hamid Mustapah (Bebas).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Adly menang di DUN Bukit Katil dengan majoriti besar 3,159 undi, menewaskan Yunus Hitam (Barisan Nasional) dan Muhamat Puhat Bedol (PAS).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Anak Muda

Kongsikan Artikel InimoreSHAH ALAM, 2 Dis – Sebanyak 65 kes baharu Covid-19 dikesan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya selepas proses saringan diteruskan hari ini,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreGEORGETOWN, 1 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu peningkatan bayaran perubatan di hospital swasta. Gesaan itu...

Copyright © 2021 Media Rania