Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Henti Operasi – KTMB Beri Nasihat Kepada Pengguna

Kongsikan Artikel Ini

JOHOR BAHRU, 20 Nov – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menghentikan sementara operasi tren di antara Stesen Johor Bahru Sentral (JBS) dan Kempas Baru, bermula 23 November ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Zain Mat Taha berkata, ia berikutan pelaksanaan kerja menaik taraf Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas – JB Sentral (PLBEGJB) yang akan dijalankan di antara dua stesen ini.

Katanya, kerja itu dijangka siap dalam tempoh enam bulan iaitu pada Mei 2022.

“Ekoran itu, operasi perkhidmatan tren Ekspres Selatan bagi laluan JBS – Gemas – JBS dan Ekspres Rakyat Timuran bagi laluan JBS – Tumpat – JBS akan mengalami perubahan.

“Perkhidmatan Shuttle Tebrau di antara JBS – Woodlands – JBS masih tidak beroperasi sehingga kerja-kerja pembinaan ini selesai.

“Mulai 23 November ini, penumpang yang membuat perjalanan menggunakan perkhidmatan Ekspres Selatan dan Ekspres Rakyat Timuran perlu ke Stesen Kempas Baru kerana perkhidmatan tren akan tamat dan bermula di stesen itu.

“Penumpang yang sudah membeli tiket dari atau ke JBS serta yang tidak berhasrat untuk meneruskan perjalanan. Pemulangan tambang penuh akan dikreditkan ke dalam KTM Wallet melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Zain berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan syarikat e-hailing bagi memastikan ketersediaan pengangkutan alternatif di stesen yang terbabit.

“Pengguna disarankan untuk merancang perjalanan bagi memudahkan pergerakan dan tidak menghadapi kesukaran pada masa akan datang.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dan jadual terkini dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media baharu KTMB,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 2 Dis – Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, hari ini, meluluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2021 bagi...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreBAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN DAN KETELUSAN DALAM TADBIR URUS SERTA KESAMARATAAN DALAM AGIHAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI DI SARIBAS...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreMUKAH, 1 Dis – Masihkah mahu menafikan? Sehingga waktu ini, liputan internet bagi kawasan perkampungan Tellian dan kawasan luar bandar sekitar Mukah...

Copyright © 2021 Media Rania