Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

TERKINI – Telefon Bimbit Calon Digodam : PH Tolak Politik Jijik

Kongsikan Artikel Ini

MELAKA, 19 Nov – Menjelang hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, telefon bimbit calon dan petugas Pakatan Harapan (PH) didapati telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Pemangku Ketua Penerangan Pusat, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Manivanan Gowin, beliau telah menerima tiga laporan yang mengatakan bahawa telefon bimbit calon dan wakil calon dari PH telah digodam.

“Dalam kejadian yang berlaku semalam, lebih kurang pada jam 3.00 petang, kami telah dimaklumkan bahawa telefon bimbit calon N14 Kelebang, Datuk Gue Teck; calon N25 Rim, Prasanth Kumar Brakasam dan Pengarah Pilihan Raya N18 Ayer Molek, Sdr Wan Mahadi bin Wan Hussein telah digodam.

“Calon di N18 Ayer Molek ialah Sdr Mohd Rafee bin Ibrahim.

“Ketiga – tiga mangsa hanya dapat mengetahui insiden tersebut apabila ditegur oleh penerima – penerima mesej. Beberapa penerima mesej, kesemuanya dari masyarakat Cina telah menerangkan bahawa mereka telah menerima satu mesej yang mengatakan bahawa sekiranya penerima mesej tidak mengundi Pakatan Harapan, maka gambar peribadi isteri mereka akan ditularkan di media sosial,” katanya dalam kenyataan media sebentar tadi.

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Ayer Molek, Mohd Rafee Ibrahim

Ketiga-tiga mangsa difahamkan telah membuat laporan polis masing-masing.

“Ini merupakan satu perbuatan yang amat menjijikan. Kami tidak pasti mesej ini daripada siapa, tetapi semestinya daripada pesaing Pakatan Harapan.”

“Kami memohon agar pihak polis membuka kertas siasatan dan melakukan siasatan secara menyeluruh.

“Tambahan kepada itu, kami juga memohon agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga melakukan siasatan bersama dan mengambil tindakan yang segera.

Beliau mengesyaki ini adalah cubaan untuk menjauhkan secara khususnya pengundi masyarakat Cina dengan PH.

Sementara itu, mengulas perkara sama, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka, Datuk Halim Bachik juga dapat meramalkan insiden jijik sebegini akan berleluasa hari ini dan pada hari pengundian esok.

Tambah beliau, PH amat berharap, pengundi warga Melaka dari semua lapisan agama dan bangsa boleh membaca dan memahami tindakan jijik dan terhina pesaing Pakatan Harapan.

“Kami merayu agar semua warga Melaka akan keluar mengundi dan memberi mandat dan sokongan yang padat ketika mengundi pada hari esok,” katanya.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Pemerhati kesihatan memberi amaran kepada kerajaan untuk tidak mengadakan pilihan raya umum (PRU) sehingga situasi Covid-19 semakin...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Jan – Kenyataan lebih banyak orang utan bunuh manusia berbanding haiwan itu dibunuh di negara ini oleh Menteri Perusahaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 18 Jan – Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada penganut Hindu di seluruh Malaysia...

Nasional

Kongsikan Artikel IniBenarkah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, jadi sasaran pihak tertentu yang berdendam terhadapnya dan mahu mencemar bukan sahaja nama baik beliau tetapi...

Copyright © 2021 Media Rania