Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

TERKINI – Anwar Rendah Diri Rayu Rakyat Melaka Undi Pakatan Harapan

Kongsikan Artikel Ini

MELAKA, 19 Nov – Nota penting buat rakyat Melaka daripada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim: Undi PH!

Menurut beliau, sepanjang seminggu lebih berkempen di negeri Melaka memberi dukungan kepada calon-calon Harapan, beliau menyaksikan sendiri pelbagai nilai-nilai penting yang mengikat hubungan antara rakyat pelbagai kaum.

Menerusi ciapan di Twitter, Anwar antara lain mengungkap rasa yang amat mengesankan beliau adalah sikap tegas mereka yang mahukan sebuah kerajaan yang patuh pada etika kebertanggungjawaban yang tinggi, yang hormat akan pilihan dan hak rakyat serta yang mampu memperkasa elemen kebersamaan antara kaum dan agama.


“Faktor utama yang menjadi tonggak kepada nilai-nilai ini semestinya kestabilan tanpa kacau bilau politik yang mampu menyentak negeri dari kemakmuran pembangunan dan ekonomi.

“Harapan menawar dan menjanjikannya serta yakin negeri ini banyak keupayaan yang mampu ditambahbaik dan disemarakkan demi kesejahteraan negeri dan rakyat,” jelas Presiden KEADILAN itu lagi.

Beliau tidak mampu membayangkan sekiranya sekali lagi negeri ini dihadapkan ke kancah intrik yang tidak berkesudahan yang akhirnya akan memangsakan warga Melaka terutamanya.

PH katanya, menampilkan tidak kurang hebat dengan kombinasi tokoh-tokoh yang berpengalaman dan yang mengangkat suara dan nurani anak muda.


“Dengan penuh rendah diri saya merayu kepada seluruh rakyat di negeri Melaka untuk memilih Harapan esok sebagai usaha dan upaya kita memperteguh hasrat dan kepentingan semua,” tambah beliau.

Anwar sempat berpesan agar rakyat Melaka sentiasa menjaga diri dan semoga bertemu lagi di kesempatan lain dan selamat mengundi!

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Parti Amanah Negara (Amanah) menolak cadangan penggabungan parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). “Ya,” kata Timbalan...

Anak Muda

Kongsikan Artikel InimoreSHAH ALAM, 2 Dis – Sebanyak 65 kes baharu Covid-19 dikesan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya selepas proses saringan diteruskan hari ini,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Copyright © 2021 Media Rania