Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Aminuddin Zahir Ucapan Takziah Atas Pemergian Penghulu Luak Jempol Ke-11

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 19 Nov – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian Penghulu Luak Jempol ke 11, Datuk Paduka Lela Putra Setiawan Abd Hafit Anuar Abu Bakar, 64 yang meninggal dunia di kediaman rasmi Balai Penghulu Luak Jempol di Felda Palong 14, hari ini.

“Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham YM Dato’ Paduka Lela Putra Setiawan Haji Abd. Hafit Anuar Abu Bakar, Penghulu Luak Jempol atas pemergian beliau ke Rahmatullah pada petang tadi,” ujarnya menerusi hantaran terbaharu di Facebook.

Beliau mewakili Kerajaan Negeri Sembilan mendoakan semoga roh Allahyarham diampuni dosanya serta diletakkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh, Insya-Allah.

Beliau berharap agar keluarga Allahyarham tabah dalam menghadapi dugaan yang berat ini.

Allahyarham meninggal dunia pada 2 petang tadi akibat kanser kelenjar.

Allahyarham Abd Hafit Anuar sudah menghidap penyakit kanser kelenjar sejak setahun lalu.

Difahamkan Jenazah dijangka dikebumikan pada 8.30 pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 14, Jempol.

Allahyarham dilantik sebagai Penghulu Luak Jempol ke-11 pada 28 November 2016.

#NogoriKito #CaroKito
#PakaiPelitupMuka
#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 2 Dis – Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, hari ini, meluluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2021 bagi...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreBAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN DAN KETELUSAN DALAM TADBIR URUS SERTA KESAMARATAAN DALAM AGIHAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI DI SARIBAS...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreMUKAH, 1 Dis – Masihkah mahu menafikan? Sehingga waktu ini, liputan internet bagi kawasan perkampungan Tellian dan kawasan luar bandar sekitar Mukah...

Jenayah

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Seorang individu yang dipercayai penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) tular di media sosial selepas kekalahan skuad Harimau...

Copyright © 2021 Media Rania