Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

PRN Melaka – Pakatan Harapan Kemuka 6 Tuntutan Terhadap SPR

Kongsikan Artikel Ini

MELAKA, 18 Nov – Tindakan Ketua Tempat Mengundi (KTM) yang mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika pengundian awal di DUN Lendu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke 15, Selasa lalu amat dikesali dan tidak bertanggungjawab.

Menurut Ketua Unit Perundangan, Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP), Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Manivanan Gowin, beliau difahamkan bahawa Ketua Tempat Mengundi (KTM) tidak membenarkan Ejen Tempat Mengundi dan Ejen Mengira Undi (PACA) untuk memasuki kawasan mengundi dan memulakan tugas mereka ketika pengundian awal di Balai Polis Masjid Tanah, atas alasan borang petugas terbabit TIDAK ditandatangani oleh calon sendiri tetapi Ejen Pilihanraya.

“Mengikut peruntukan Akta 5, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, borang PACA boleh ditandatangani oleh calon ATAU Ejen Pilihanraya yang juga dikenali sebagai wakil calon.

“Saya ingin merujuk kepada Seksyen 12 (1) yang mengatakan bahawa;

“Pada atau sebelum hari penamaan dalam sesuatu pilihan raya, seseorang hendaklah dinamakan secara bertulis oleh atau bagi pihak setiap calon sebagai ejennya untuk pilihan raya itu.”

Manakala, Seksyen 14 (1) pula menekankan bahawa;

“Ejen pilihan raya seseorang calon hendaklah dalam sesuatu pilihan raya — (a) melantik tiap-tiap ejen tempat mengundi, ejen mengira, kerani dan pengutus yang diambil kerja, sama ada dengan bayaran atau tidak, bagi pihak calon itu;” katanya dalam sidang media khas sebentar tadi.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka, Datuk Halim Bachik.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN berkata, KTM tidak sepatutnya menghalang PACA yang mewakili calon Pakatan Harapan bagi DUN 04 Lendu, Sdr Muhammad Asri bin Ibrahim.

Tindakan luar biasa KTM menghalang petugas PACA yang sah telah mengakibatkan penindasan hak seorang calon yang termaktub di bawah peruntukan perundangan yang sedia ada.

Tambahnya lagi, beliau juga telah dimaklumkan oleh Ejen Pilihan Raya bagi DUN 04 Lendu, Rosdi Ali bahawa satu mesyuarat khas Pegawai Pengurus (RO) bersama Ejen Pilihan Raya bagi DUN 04 Lendu telah dilaksanakan pada 17 November 2021.

Dalam mesyuarat khas ini, RO telah memohon maaf di atas kekhilafan insiden yang telah berlaku semasa pengundian awal.

Dengan perkembangan ini, beliau mewakili Pakatan Harapan (PH) ingin mengemukakan enam (6) tuntutan kepada Pengarah SPR agar memastikan perjalanan PRN Melaka pada 20hb November 2021 mengikut lunas peruntukan perundangan Pilihan Raya Malaysia, demi memastikan agar pilihanraya ini berjalan dengan lancar dan sempurna, di samping mendukung dan menghayati konsep demokrasi.

Dalam tuntutan pertama, PH memohon agar Pengarah SPR mengarahkan agar KTM yang melakukan kekhilafan nyata tersebut, untuk TIDAK bertugas pada 20hb November dan digantikan dengan seorang KTM yang mempunyai pengetahuan mengenai perjalanan pilihan raya.

Bagi tuntutan kedua, PH memohon agar pegawai – pegawai SPR iaitu Pengurus Pilihan Raya (RO), Penolong Pengurus Pilihan Raya (ARO) dan khususnya Ketua – Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut lunas undang – undang yang termaktub di bawah Akta-Akta Pilihan Raya dan Peraturan Pilihan Raya.

Sementara tuntutan ketiga, PH memohon agar Pengarah SPR memberi amaran keras kepada Ketua-Ketua Tempat Mengundi (KTM) agar tidak mencipta atau mereka atau membentuk peruntukan undang – undang sendiri yang melampaui kuasa Parlimen sebagai badan perundangan yang tertinggi yang bertanggungjawab untuk menggubal dan meluluskan undang – undang di Malaysia.

Untuk tuntutan keempat pula, PH menggesa agar Pengarah SPR memberi taklimat akhir sebelum hari mengundi biasa tentang pematuhan dan kefahaman undang-undang dan peraturan pilihanraya kepada semua RO, ARO dan KTM yang bertugas pada 20 November 2021.

“Bagi maksud tuntutan kelima, PH memohon agar Pengarah SPR memaklumkan kepada semua RO, ARO dan KTM agar menghormati hak semua calon dan parti politik yang bertanding dalam PRN Melaka di semua 28 DUN yang ditandingi, selagi semua pihak mematuhi undang – undang dan peraturan pilihan raya,” jelasnya.

Dan tuntutan terakhir, PH memohon agar Pengarah SPR dan / atau RO yang bertugas di Balai Polis Masjid Tanah untuk memohon maaf secara terbuka (kerana mohon maaf secara tertutup tidak memadai) kepada Calon dan Ejen Pilihan Raya Pakatan Harapan dan seluruh warga pengundi DUN 04 Lendu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Pemerhati kesihatan memberi amaran kepada kerajaan untuk tidak mengadakan pilihan raya umum (PRU) sehingga situasi Covid-19 semakin...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Jan – Kenyataan lebih banyak orang utan bunuh manusia berbanding haiwan itu dibunuh di negara ini oleh Menteri Perusahaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 18 Jan – Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada penganut Hindu di seluruh Malaysia...

Nasional

Kongsikan Artikel IniBenarkah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, jadi sasaran pihak tertentu yang berdendam terhadapnya dan mahu mencemar bukan sahaja nama baik beliau tetapi...

Copyright © 2021 Media Rania